◉ HEADLINES

66 jongkong emas antara disita dalam siasatan libatkan pegawai tinggi ATM didakwa seleweng dana TKAT

Siasatan dibuat susulan dakwaan beberapa pegawai tinggi disyaki meminta dan menerima rasuah daripada syarikat-syarikat berhubung perolehan pembekalan di Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF)

3:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – 66 jongkong emas bernilai RM1.7 juta, wang tunai berjumlah RM1.3 juta, kereta mewah merupakan barang yang disita dalam siasatan rasuah melibatkan beberapa pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Op Star yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, siasatan dijalankan pada 7 Oktober lalu dan antara kenderaan yang disita ialah Mercedes A180 class dan Toyota Vellfire, sebuah Proton Iriz serta dua motorsikal jenis Yamaha Xmax 250 dan Honda Adv 150.

Beliau memberitahu, siasatan dibuat susulan dakwaan beberapa pegawai tinggi disyaki meminta dan menerima rasuah daripada syarikat-syarikat berhubung perolehan pembekalan di Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

“Mereka juga disyaki menyalahgunakan dana TKAT untuk kepentingan peribadi dan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan TKAT.

“Siasatan kini diperingkat akhir untuk pertuduhan dengan siasatan kini dijalankan dibawah Seksyen 16 (a) (B), 409 dan 165 Kanun Keseksaan.

“Dua pegawai tinggi, empat pegawai kanan ATM dan sembilan orang awam ditahan manakala 35 saksi telah dirakam percakapan,’’ katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Azam turut memberitahu, lapan akaun syarikat, empat syarikat peribadi melibatkan jumlah keseluruhan RM4.7 juta sudah dibekukan. – 15 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related