◉ HEADLINES

SARA bulanan kategori bujang mula dikredit hari ini

MOF berkata bantuan dikreditkan ke MyKad, hanya untuk pembelian barangan asas di premis terpilih

1:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Golongan bujang yang layak di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mula menerima bantuan bulanan sehingga RM100 bermula hari ini, melibatkan kira-kira 3.1 juta penerima di seluruh negara.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu perkongsian di Facebook memaklumkan bantuan itu boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai terpilih.

MOF berkata, seramai 3.1 juta individu bujang berusia 21 hingga 59 tahun layak menerima SARA Bulanan mengikut kategori RM50 bagi mereka berpendapatan RM2,500 ke Bawah dan RM100 bagi penerima eKasih dengan julat pendapatan sama.

Bantuan dikreditkan terus ke MyKad penerima dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di premis rakan niaga seluruh negara.

“Penerima disaran menyemak baki bantuan sebelum membuat transaksi. Semakan boleh dilakukan dengan mudah di kaunter juruwang pasar raya atau kedai terpilih, di mana baki akan dipaparkan pada skrin atau resit,” kata kenyataan itu.

Selain itu, status kelayakan dan maklumat bayaran boleh diperiksa melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di laman web LHDN atau di mykasih.com.my.

Bagi penjelasan lanjut, penerima boleh menghubungi talian bantuan STR atau hadir ke mana-mana cawangan LHDN berhampiran. – 16 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

◉ Related