HEADLINES

Wan Saiful tuntut RM10 juta, dakwa Tun Faisal fitnah isu Jana Wibawa

Surat itu antara lain menuntut permohonan maaf bertulis dan video, serta jaminan tidak mengulangi kenyataan berunsur fitnah

2:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menuntut Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, membuat permohonan maaf dan membayar pampasan RM10 juta selepas mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berhubung projek Jana Wibawa di “The Tiger Show Podcast” pada 31 Oktober 2025.

Menerusi perkongsian Wan Saiful di laman Facebook hari ini, beliau melalui peguam Tetuan Bahar Rusnan & Associates, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Surat Tuntutan bertarikh 3 Disember 2025 itu antara lain menuntut Tun Faisal untuk menarik balik kenyataan fitnah sepenuhnya; membuat permohonan maaf bertulis dan video; memberi jaminan tidak mengulangi kenyataan tersebut; menanggung segala kos guaman dan perbelanjaan berkaitan dan membayar pampasan sebanyak RM10 juta

“Saya telah dimaklumkan oleh peguam saya bahawa Tun Faisal melalui peguam beliau telah menghantar Surat Jawapan Balas bertarikh 12 Januari 2026.

“Peguam saya sedang meneliti dan mengkaji Surat Jawapan Balas tersebut sebelum tindakan selanjutnya diputuskan,” katanya.

Melalui podcast The Tiger Show Episod 41 yang disiarkan secara langsung di Astro Awani, Tun Faisal mengesahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan Projek Jana Wibawa kepada Wan Saiful.

Ia mencetuskan kontroversi besar apabila Wan Saiful didakwa menerima bayaran rasuah berjumlah RM6,962,694.54 melalui akaun syarikat miliknya, WSA Advisory Group Sdn. Bhd.

Tun Faisal turut menekankan bahawa suapan rasuah tersebut adalah pemberian daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang bertujuan untuk membantu perkembangan karier politik Datuk Wan Saiful, ketika beliau masih merupakan individu kesayangan Tan Sri Muhyiddin dalam arena politik.

Kenyataan yang dianggap fitnah itu dikatakan mencemarkan reputasi serta integriti Wan Saiful, sekali gus menimbulkan keperluan untuk tindakan undang-undang bagi mempertahankan hak dan maruah.

Sekiranya tuntutan tidak dipenuhi, tindakan undang-undang akan diambil di mahkamah.

“Saya tegaskan bahawa saya memelihara dan mengekalkan segala hak saya di bawah undang-undang berhubung perkara ini tanpa sebarang prejudis,” tegasnya lagi. – 18 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related