◉ HEADLINES

Dua rentung dalam kebakaran kereta di Plaza Tol Jitra

Setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti

8:39 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua maut apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Noor Azhar Tajudin, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.05 pagi.

Noor Azhar berkata, beliau bersama anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan setibanya di sana, sebuah kereta kereta Honda Civid FD sedang terbakar.

“ Anggaran kemusnahan adalah sebanyak 85 peratus dan hasil pemeriksaan menemukan dua mangsa rentung dalam kereta terbabit.

“Setakat ini identiti mereka belum dikenal pasti, ” katanya, lapor Buletin TV3.

Menurut Noor Azhar, api dapat dikawal pada jam 1.23 pagi dan kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan untuk mengeluarkan mangsa.

Beliau berkata, operasi turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – 19 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related