HEADLINES

Prasekolah bermula usia 5 tahun, tahun satu 6 tahun bergantung ibu bapa: PM

Langkah besar itu beri ruang warga pendidik dan ibu bapa sesuaikan diri

2:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bermula tahun depan, kanak-kanak akan memulakan pendidikan prasekolah pada usia lima tahun, manakala tahun satu bermula pada usia enam tahun, menurut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan perubahan itu belum diwajibkan kepada ibu bapa, bagi memberi ruang kepada semua pihak – khususnya warga pendidik – menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu pendidikan negara.

“Kita mahu pastikan pelaksanaan ini berjalan lancar. Perubahan besar seperti ini perlu masa untuk semua pihak bersedia,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta beberapa menteri Kabinet lain.

Jelas Anwar, persiapan segera perlu dilakukan KPM dalam menerima perubahan kepada sistem baru pendidikan negara.

“Sebab itu saya arah mulai sekarang hal yang diumumkan itu (memerlukan) tindakan cepat dan segera oleh kementerian dan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi untuk pastikan kemudahan asas itu ditambah.

“Kalau tanya unjuran KPM semua 2029, 2030. Jadi saya kata bagus, cuma kerana saya yakin dengan keupayaan kedua-dua kementerian ini, semua kita akan percepatkan. Semua ‘fast track’ kerana negara ini mampu menjadi negara yang berjaya,” katanya. – 20 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related