HEADLINES

Tingkatan 6, Matrikulasi diiktiraf sebagai pendidikan tinggi bemula tahun ini: PM

Langkah itu sekali gus menjadikan kedua-dua kelompok secara rasmi adalah pelajar pendidikan tinggi

5:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan Tingkatan 6 dan Matrikulasi bermula tahun ini.

Beliau berkata langkah itu sekali gus menjadikan kedua-dua kelompok secara rasmi adalah pelajar pendidikan tinggi.

“Mulai tahun ini, Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengambil alih seluruh sistem pendidikan prauniversiti iaituTingkatan 6 dan Matrikulasi

“Jadi, pelajar Tingkatan 6 dan Matrikulasi bukan lagi pelajar sekolah… mereka sudah masuk kategori pendidikan tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan turut menangani isu kontroversi tahunan berkaitan peluang kemasukan ke kursus pilihan yang sering terhad terutama dalam kalangan pelajar kaum minoriti yang mencatat keputusan cemerlang tetapi berdepan kekangan tempat.

Bagi memastikan keadilan peluang, Perdana Menteri berkata kerajaan telah meminta universiti menambah 1,500 tempat baharu dalam kursus popular.

Beliau berkata selepas rundingan lanjut, universiti terbabit bersetuju menambah tempat baharu merangkumi bidang undang-undang, perakaunan, kewangan dan perbankan, kewangan Islam, kecerdasan buatan, ekonomi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, komunikasi, pengajian media, sains data, analitik data serta sains komputer.

Selain itu, bagi mengurangkan kebimbangan dalam kalangan pelajar, Anwar berkata kerajaan memberi keutamaan kepada pelajar Asasi dan Matrikulasi seperti lazimnya namun jaminan sama turut diberikan kepada pelajar Tingkatan 6 yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berprestasi tinggi.

“Kita juga telah beri jaminan supaya pelajar-pelajar Tingkatan 6 STPM diberi juga keutamaan untuk mendapatkan tempat di universiti… ini bagi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0. 

“Kalau 4.0, sedaya upaya universiti akan beri tempat walaupun kadang-kadang pilihan kursus itu tertakluk kepada keupayaan universiti,” katanya. – 20 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Property overhang trend in Penang tapers, but long-term solutions remain crucial: Experts

Industry observers call for targeted interventions to resolve the state's housing glut problem

Related