◉ HEADLINES

SPRM tahan ‘Tan Sri’ didakwa tipu wang pelaburan lebih RM300 juta

Suspek diberkas semalam dan kini direman bagi membantu siasatan

2:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bergelar ‘Tan Sri’ ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menipu wang pelabur dipercayai mencecah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata suspek diberkas, semalam.

Azam berkata suspek lelaki berusia lingkungan 60-an yang juga pemilik sebuah syarikat swasta dan ahli kewangan Islam berkenaan ditahan selepas tiba di ibu pejabat agensi terbabit di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata, SPRM kemudian memperoleh kebenaran perintah reman selama empat hari terhadap suspek itu di mahkamah Putrajaya, pagi tadi, bagi membantu siasatan.

“Kita mendapat maklumat bahawa Tan Sri berusia 60-an itu dan seorang wanita berumur 50-an yang memegang jawatan ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat pelaburan, disyaki terbabit penipuan pelabur berskala besar.

Ramai pelabur dari serata negara dilaporkan kehilangan ratusan juta ringgit. Malah, kita menganggarkan kerugian dialami pelabur itu mencecah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.

Pelaburan dipercayai didalangi dua suspek berkenaan adalah pelbagai dengan dijanjikan pulangan yang lumayan,” katanya kepada pemberita pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media, di Kota Bharu, hari ini.

SPRM menegaskan kerugian besar ini menunjukkan betapa seriusnya ancaman sindiket pelaburan palsu terhadap masyarakat dan ekonomi negara.

Sehubungan itu, Azam Baki mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah terjebak dengan kegiatan pelaburan yang akhirnya terpaksa menanggung kerugian. – 22 Januari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Indonesian driving licences to be recognised in Southeast Asia from June 2025

Identity cards to also serve as driving licences, police official says

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

◉ Related