HEADLINES

Keputusan PRK Kinabatangan, Lamag bukti keyakinan berterusan rakyat: PM

PM berkata kemenangan itu datang bersama amanah rakyat yang menuntut kepemimpinan yang berintegriti, tahap khidmat yang berkesan serta keupayaan menyantuni keperluan masyarakat secara inklusif dan berterusan

1:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mencerminkan keyakinan berterusan rakyat terhadap usaha, khidmat serta komitmen yang ditunjukkan di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, kemenangan itu wajar ditanggapi dengan sikap tanggungjawab sebagai amanah rakyat yang menuntut kepemimpinan yang berintegriti, tahap khidmat yang berkesan serta keupayaan menyantuni keperluan masyarakat secara inklusif dan berterusan.

“Kerajaan Madani akan terus menjunjung semangat muafakat dan kebersamaan demi memastikan pembangunan di Sabah dapat dimantapkan, kesejahteraan rakyat terus dipelihara dan agenda yang madani dapat dijelmakan dengan tekad secara bersama,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada BN atas kejayaan mempertahankan kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN berkenaan serta wakil rakyat baharu kawasan itu Mohd Kurniawan Naim Moktar dan Mohd Ismail Ayob, atas kemenangan mereka.

Dalam masa sama, Anwar mendoakan legasi khidmat dan kepimpinan wakil rakyat terdahulu iaitu Allahyarham Bung Moktar Radin terus dipelihara dan diteruskan sebaiknya.

Pada PRK Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim menang bergaya dengan majoriti besar 14,214 undi menewaskan dua pencabarnya, iaitu Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Parti Warisan dan calon Bebas Goldam Hamid.

Manakala di DUN Lamag, Mohd Ismail memperoleh 5,681 majoriti undi menewaskan Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Bung Moktar, 66, pada 5 Dis tahun lalu. – 25 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

RCI report highlights governance lapses, political influence in Tabung Haji management

Inquiry into pilgrim fund’s 2014-2020 operations identifies weaknesses in oversight, decision-making and legal framework

No smoke from fires crossing into neighbouring nations, Indonesia reiterates

Indonesia has doubled down on its assertions that none of its smoke haze arising from forest and land fires has reached its neighbouring countries.

Related