HEADLINES

155 kuil terima bantuan RM3.1 juta di bawah Dharma Madani Fasa Pertama

Kerajaan Madani melalui MITRA meluluskan bantuan RM20,000 setiap kuil bagi memperkasakan institusi rumah ibadat Hindu, dengan jumlah keseluruhan RM3.1 juta untuk fasa pertama

1:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah 155 buah kuil telah diluluskan untuk menerima bantuan kewangan sebanyak RM20,000 bagi setiap kuil, melibatkan keseluruhan peruntukan RM3.1 juta di bawah Fasa Pertama Program Dharma Madani.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata ia sebagai pendekatan memperkasakan institusi rumah ibadat Hindu, dan dilaksanakan di bawah seliaan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

“Program Dharma Madani ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Madani terhadap peranan rumah ibadat sebagai nadi kekuatan komuniti.

Dengan sokongan berterusan ini, kerajaan yakin institusi komuniti akan terus diperkasa sebagai “Vaganam” perkataan Tamil yang bermaksud alat atau medium yang membawa sokongan di mana kerajaan berharap institusi dapat membantu mengukuhkan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat India untuk menyampaikan surat kelulusan Program Dharma Madani MITRA Peringkat Fasa Pertama kepada Pengerusi dan wakil Pengurusan Kuil dari seluruh negara di Menara Perkeso, Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya, hari ini.

Pada Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengumumkan Program Dharma Madani, iaitu satu inisiatif Kerajaan MADANI bagi menyalurkan bantuan sekali beri (one-off) berjumlah RM20 juta kepada 1,000 buah rumah ibadat Hindu berdaftar di seluruh negara.

Melalui program ini, setiap kuil yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM20,000, sebagai pendekatan memperkasakan institusi rumah ibadat Hindu, dan dilaksanakan di bawah seliaan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Ramanan turut mengumumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju agar Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Sumber Manusia.

“Pemindahan ini bertujuan memastikan perancangan, pelaksanaan serta pemantauan inisiatif masyarakat India dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, bersepadu dan berkesan, selaras dengan ekosistem pembangunan modal insan negara di bawah Kerajaan Madani,” katanya.

Dalam pada itu, pelaksanaan serta kelulusan bantuan di bawah Program Dharma Madani akan dilaksanakan secara berperingkat dan berfasa.

Senarai penerima bantuan akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui laman sesawang rasmi MITRA di www.mitra.gov.my. – 27 Januari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related