◉ HEADLINES

Dakwaan pegawai salah guna dana zakat, Pulau Pinang serah pada SPRM

Ketua Menteri beri laluan penuh, pegawai terbabit kekal bertugas sementara siasatan berjalan

8:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow memberi ruang sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan bebas berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan di negeri itu.

Beliau berkata SPRM telah mengesahkan siasatan sedang dijalankan dan kerajaan negeri tidak akan campur tangan atau menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara itu.

“Sejak SPRM memulakan siasatan, kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan tugas mereka secara bebas kerana kami bukan penyiasat tapi kerajaan negeri akan bagi kerjasama sepenuhnya,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Thaneer Panthal sempena Thaipusam di Jalan Air Terjun, Georgetown semalam.

Chow berkata demikian ketika mengulas tindakan SPRM Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri berkaitan urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.

Terdahulu SPRM dilaporkan membuka kertas siasatan susulan pendedahan dibuat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hujung tahun lalu.

SPRM berkata, pasukan siasatan telah hadir ke beberapa pejabat disyaki terbabit bagi mendapatkan dokumen berkaitan dan kesemua bahan itu kini dalam proses penelitian.

Selain itu SPRM turut merakamkan percakapan dua individu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Jelas Chow, isu itu sebenarnya telah dibangkitkan dan diberi penjelasan semasa Persidangan DUN Pulau Pinang pada November tahun lepas dan penjelasan yang diberikan ketika itu dianggap memuaskan.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri memanggil pegawai terbabit untuk mendapatkan penjelasan lanjut selain perbincangan di DUN sebelum ini, beliau berkata ia tidak perlu kerana kerajaan negeri berpuas hati dengan penjelasan yang telah diberikan.

Beliau bagaimanapun berkata isu itu dibangkitkan semula baru-baru ini sehingga mendorong SPRM membuka siasatan rasmi.

Ketika mengulas kedudukan pegawai kanan itu Chow berkata individu berkenaan masih menjalankan tugas seperti biasa sementara menunggu hasil siasatan. – 1 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related