HEADLINES

Penilai bebas sahkan Aerotrain KLIA beroperasi ikut perancangan: MAHB

Ketersediaan operasi perkhidmatan aerotren KLIA meningkat 100 peratus pada Disember 2025 berbanding 98.67 peratus pada Julai

12:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penilai bebas mengesahkan Sistem Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beroperasi mengikut perancangan, dengan gangguan perkhidmatan sejak pengoperasian pertama merupakan gangguan biasa yang dialami pada fasa operasi awal sistem yang kompleks.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata penilai juga menambah isu-isu tersebut tidak menimbulkan risiko keselamatan.

Ini kerana, kata MAHB gangguan tersebut tidak menimbulkan risiko keselamatan disebabkan kawalan kejuruteraan yang tersusun dan pemantauan berterusan telah dilaksanakan untuk mengurus isu-isu tersebut dengan berkesan, lapor Bernama.

“Semasa pelaksanaan Pelan Tindakan Komprehensif (CAP), yang bermula pada 15 November tahun lalu, operasi Aerotrain kekal stabil, mencatat Ketersediaan Perkhidmatan Operasi sebanyak 100 peratus pada Disember 2025, meningkat daripada 98.67 peratus pada Julai 2025.

“Ia mencerminkan tahap kebolehdapatan sistem yang tinggi walaupun aktiviti pemeriksaan, pengujian dan pengesahan dijalankan,” kata kenyataan itu.

Penilaian bebas tersebut mengenal pasti dua sistem kritikal yang mempunyai pengaruh langsung terhadap kebolehpercayaan tren, ketersediaan perkhidmatan dan prestasi pemulihan, iaitu sistem bekalan kuasa dan kenderaan bergerak (rolling stock).

Dalam tempoh CAP, waktu kerja kejuruteraan pada awalnya dijadualkan dari jam 9 malam hingga 7 pagi, sebelum dipendekkan kepada jam 11 malam hingga 7 pagi untuk menampung tempoh puncak musim perayaan dan cuti sekolah.

CAP, katanya, dilaksanakan melalui aliran kerja yang terselaras, merangkumi pemeriksaan dan pembetulan, ujian dan pengesahan sistem, serta operasi percubaan.

Aktiviti pemeriksaan dan pembetulan di seluruh sistem Aerotrain telah diselesaikan, ujarnya dengan program kini berada di mercu terakhir untuk menutup tindakan pembetulan yang masih berbaki yang dikenal pasti semasa pemeriksaan menyeluruh sistem.

MAHB berkata tumpuan khusus turut diberikan kepada peranti pengumpul arus pada kenderaan bergerak (rolling stock), yang memainkan peranan penting dalam kesinambungan traksi dan kestabilan perkhidmatan kerana interaksinya yang rapat dengan rel kuasa.

Menurut MAHB, penemuan daripada latihan-latihan ini telah didokumenkan, dengan tindakan penambahbaikan yang disasarkan kini sedang dilaksanakan.

Bagi kenderaan rel pula, perhatian khusus diberikan kepada peranti pengumpul arus yang mempengaruhi kesinambungan daya tarikan dan kestabilan perkhidmatan kerana interaksinya yang rapat dengan rel kuasa.

“MAHB akan terus melaksanakan langkah CAP yang selebihnya secara selaras dan bersesuaian, yang dibantu oleh pemantauan berterusan dan pengawasan bebas untuk mengukuhkan lagi kebolehpercayaan sistem serta memastikan operasi aerotren di KLIA lancar dan konsisten,” katanya.

Pada 16 Disember lepas, MAHB mengumumkan bahawa dua penilai bebas, Alstom dan IJMC-PESTECH yang menyemak reka bentuk, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan Aerotrain, dijangka mengemukakan laporan mereka menjelang pertengahan Januari 2026. – 2 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related