HEADLINES

Seorang maut, 7 cedera dalam nahas babit bas eskpres dan dua lori di Rawang

JBPM berkata mangsa yang maut adalah pemandu lori 10 tan milik sebuah syarikat keselamatan

9:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas eskpres dan dua lori di Kilometer 433 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, di Hulu Selangor awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, mangsa adalah pemandu lori 10 tan milik sebuah syarikat keselamatan.

Ahmad Mukhlis dalam satu kenyataan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Ahmad Mukhlis berkata, kelindan lori pula, lelaki berusia 39 tahun patah tulang rusuk dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

“Mangsa bas ekspres pula terdiri daripada seorang pemandu dan empat penumpang. Pemandu bas ekspres yang tersepit cedera di kepala dan kaki kiri.

Tiga penumpang lelaki cedera ringan manakala yang lain cedera di kaki dan badan. Seorang kanak-kanak perempuan mengalami pendarahan di hidung dan dalam keadaan sedar,” katanya.

Pemandu treler, hanya cedera di tengkuk dan enggan dibawa ke hospital.

Terdahulu, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan membabitkan nahas pada jam 5.12 pagi.

Susulan itu, sepasukan 16 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dan Rawang segera digerakkan ke lokasi kejadian. – 5 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

2025 SEA Games to offer record 585 events across Thailand

The upcoming Games will have significant changes in athletics, gymnastics, and other disciplines, promising a historic showcase from Dec 9-20

‘Phone call in 1992 led to govt stripping royal immunity after teacher assaulted in Johor palace’

Brian Gomez posts X thread on past incident involving his late father, hockey coach Douglas

Related