HEADLINES

Pendakwah bebas direman bantu siasatan salah guna dana RM600,000: SPRM

Perintah reman hingga esok terhadap lelaki dan wanita berusia 30-an itu dikeluarkan Majistret Noorfazlina Musa, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sungai Petani pagi tadi

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman dua individu termasuk seorang pendakwah bebas kerana disyaki bersubahat menyalah guna kuasa meluluskan kira-kira RM600,000 sebagai balasan bayaran mengumpul dana sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah, lapan tahun lepas.

Perintah reman hingga esok terhadap lelaki dan wanita berusia 30-an itu dikeluarkan Majistret Noorfazlina Musa, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sungai Petani pagi tadi.

Menurut sumber SPRM, kedua-duanya ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.

“Siasatan awal mendapati masing-masing merupakan pengarah urusan syarikat dan ketua jabatan kewangan serta disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut sekitar September 2018,” katanya hari ini.

Lelaki berkenaan dipercayai menyalahgunakan jawatannya dan bersubahat dengan suspek kedua, meluluskan bayaran kira-kira RM600,000 kepada suspek utama sebagai bayaran pengumpul dana tanpa mendapat kelulusan daripada rakan kongsi yang lain.

Difahamkan siasatan yang dijalankan SPRM Kedah dan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM telah bermula sejak Oktober tahun lepas.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – 5 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related