â—‰ HEADLINES

PN bakal pecat Hamzah?: sumber

Sumber yang hadir pada sesi dialog bersama Muhyiddin kelmarin berkata bekas Perdana Menteri itu sudah hilang sabar dengan 'kekacauan' yang didakwa didalangi Hamzah

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin diramal bakal dipecat daripada parti Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat.

Memetik laporan BH, desakan supaya tindakan tegas berkenaan diambil terhadap Ahli Parlimen Larut itu disuarakan ramai pemimpin parti yang menghadiri sesi dialog bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini kelmarin.

Menurut sumber terdekat kepimpinan Bersatu, ramai pemimpin parti itu bersetuju Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat itu dikenakan tindakan pecat.

Sumber lain yang hadir pada sesi dialog bersama Muhyiddin kelmarin, pula berkata bekas Perdana Menteri itu sudah hilang sabar dengan ‘kekacauan’ yang didakwa didalangi Hamzah.

“Melalui sesi semalam (kelmarin), jelas kelihatan Tan Sri Muhyiddin sudah hilang sabar dan berang dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Hamzah, termasuk berdiam diri ketika serangan bertubi-tubi dibuat ke atas presiden parti.

“Tan Sri Muhyiddin tanpa berselindung menyatakan mana-mana pemimpin yang membuat kacau akan diambil tindakan,” katanya.

Tambahnya, Ahli Parlimen Pagoh itu juga mahu Bersatu dibina semula dengan semangat bersatu padu tanpa cubaan sabotaj daripada mana-mana pemimpin parti.

Dalam pada itu, Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker, mendakwa ahli akar umbi berang dengan sikap Hamzah yang dilihat tidak menjalankan tugas timbalan presiden dengan mempertahankan Muhyiddin.

Ketika ditanya sama ada Hamzah akan dipecat parti, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Labu itu mengakui wujud desakan sedemikian ketika ini.

“Ahli parti berfikiran rasional dan boleh menilai sendiri. Mereka sangat marah kerana sepatutnya tugas timbalan presiden adalah membantu presiden, termasuk ketika kepemimpinan tertinggi diserang secara terus-menerus, namun tiada usaha daripada Datuk Seri Hamzah.

“Dia tidak berbuat demikian (mempertahankan presiden), seolah-olah memberi isyarat bahawa serangan itu mendapat ‘lampu hijau’ daripadanya,” katanya.

“Saya lagi suka jika mana-mana pemimpin parti yang tidak boleh ikut perlembagaan parti, berundur dan biarlah parti diuruskan oleh mereka yang boleh mengikut peraturan,” katanya sambil menambah pemimpin yang gagal mengikut dan menjalankan tanggungjawab seperti termaktub dalam perlembagaan parti sepatutnya berundur.

Sementara itu media gagal mendapatkan reaksi balas kerana difahamkan Ahli Parlimen Larut itu bersama pemimpin Bersatu yang memihak kepadanya dipercayai sedang berada di luar negara dan tidak hadir sesi dialog bersama Muhyiddin, kelmarin.

Konflik dalaman Bersatu memuncak selepas Muhyiddin meletak jawatan sebagai Pengerusi PN, sekali gus membuka ruang kepada pertikaian kuasa dalaman yang terbahagi kepada dua kem utama. – 8 Februari, 2026

Topics

 

â—‰ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

â—‰ Related