HEADLINES

SARA Untuk Semua: 22 juta rakyat dapat RM100 hari ini

Program SARA Untuk Semua bermula dengan peruntukan RM2.2 bilion, membolehkan isi rumah menerima bantuan berganda dan akses kepada 140,000 jenis barangan

10:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua mula disalurkan hari ini dengan peruntukan besar RM2.2 bilion, memberi manfaat kepada lebih 22 juta pemegang MyKad dewasa warganegara Malaysia, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Setiap penerima akan menerima RM100 secara sekali beri (one-off) yang boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026.

“SARA Untuk Semua membolehkan isi rumah menerima bantuan berganda bergantung pada jumlah ahli dewasa yang layak.

Sebagai contoh, keluarga dengan suami, isteri dan dua anak berumur 18 tahun ke atas akan menerima keseluruhan RM400, tidak termasuk bantuan SARA Bulanan sekiranya berkelayakan,” kata kenyataan MoF.

Berdasarkan maklum balas rakyat, kerajaan turut menambah baik kemudahan pembelian dengan meluaskan kategori barangan kepada makanan sejuk beku, menjadikan 15 kategori keseluruhannya. Langkah itu meningkatkan jumlah barangan layak dibeli kepada 140,000 jenis barangan.

Selaras dengan Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan menyasarkan 10,000 kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA menjelang hujung tahun, selain mengurangkan jarak kedai runcit terdekat daripada 10 kilometer kepada 7 kilometer.

Orang ramai boleh menyemak status pengkreditan serta soalan lazim (FAQ) melalui portal rasmi sara.gov.my.

MoF turut mengingatkan penerima supaya berwaspada dengan pautan palsu dan cubaan penipuan.

“Kementerian tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp, dan sebarang maklumat terkini hanya boleh dirujuk menerusi portal rasmi STR,” tegas kenyataan itu. – 9 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related