HEADLINES

Penyasaran subsidi RON95 jimat RM2.5 bilion pada 2026: PM

Menurut Anwar, selepas Budi95 dilaksanakan, ketirisan secara keseluruhan berjaya dikurangkan dengan ketara, namun beliau mengakui masih terdapat beberapa kes terpencil yang telah dan sedang dikenal pasti

12:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyasaran subsisi Budi Madani RON95 (Budi95) dijangka menjimatkan sekurang-kurangnya RM2.5 bilon tahun ini, tertakluk kepada pergerakan harga minyak mentah dunia dan kadar pertukaran mata wang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, penjimatan yang diunjurkan itu adalah hasil daripada usaha membendung ketirisan berkaitan subsidi bahan api secara pukal, sambil mengekalkan kestabilan harga bagi majoriti rakyat Malaysia.

“Hasil penjimatan fiskal telah diagih semula kepada rakyat da penjimatan ini dapat membiayai penambahan bantuan rakyat, khususnya Sumbangan Asas Rahmah (SARA),’’ katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Anwar, selepas Budi95 dilaksanakan, ketirisan secara keseluruhan berjaya dikurangkan dengan ketara, namun beliau mengakui masih terdapat beberapa kes terpencil yang telah dan sedang dikenal pasti.

“Masih ada kes dikesan di beberapa stesen minyak di kawasan sempadan termasuk di Rantau Panjang, Tawau dan Perlis, menunjukkan corak penggunaan mencurigakan.

“Itu tiga kawasan mencatat ketirisan tertinggi dan pengawasan serta penguatkuasaan kini lebih tertumpu di kawasan berkenaan bagi mengelakkan kehilangan hasil,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar memberitahu, kerajaan tidak memilih pendekatan pengapungan harga seperti disaran Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi kerana ia disifatkan akan membebankan majoriti rakyat.

Kerajaan sebaliknya, kata beliau, melaksanakan penyasaran subsidi yang berjaya melindungi 85 peratus rakyat serta menjimatkan RM6 bilion bagi petrol dan RM5 bilion bagi diesel.

Jelasnya, kerajaan turut menetapkan harga Budi95 pada RM1.99 seliter bagi memastikan penggunaan bahan api terus memanfaatkan rakyat dan secara keseluruhan.

“Penggunaan (BUDI95) itu licin dan teratur. Ini suatu kisah sukses yang membanggakan kita. Sebanyak 3.1 juta urus niaga dalam satu hari dijalankan dengan baik.

“Penggunaan sekarang ini sekitar 100 liter, walaupun kita (kerajaan) memberi sehingga 300 liter, dan 90 peratus rakyat yang menggunakan BUDI95 tidak melebihi 200 liter sebulan,” katanya. – 11 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related