◉ HEADLINES

Shafiq antara Ketua Bahagian Bersatu dipanggil beri keterangan Lembaga Disiplin, sifatkan kebebasan bersuara sudah dilenyapkan

Saya juga tidak faham sebagai rakan komponen Perikatan Nasional (PN) kita tidak boleh menyokong PAS yang juga adalah rakan dalam PN sendiri, kata Shafiq.

3:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Shafiq Abdul Halim yang dipanggil Lembaga Disiplin parti itu hari ini menyifatkan Bersatu kini sudah hilang ruang kekebasan dan ahlinya tidak boleh mengkritik parti.

Beliau dipanggil memberikan kenyataan oleh Lembaga Disiplin yang dipengerusikan Datuk Radzi Manan susulan aduan daripada empat individu termasuk daripada Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Aziz.

Menurut Shafiq, beliau diadukan kepada Lembaga Disiplin kerana didakwa mengkritik Tun Faisal, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, antara aduan adalah berhubung kenyataan yang dibuat kepada media dan dalam media sosial.

“Saya boleh katakan bahawa kebebasan bersuara dalam parti itu sendiri telah pun dilenyapkan dan saya juga tidak faham sebagai rakan komponen Perikatan Nasional (PN) kita tidak boleh menyokong PAS yang juga adalah rakan dalam PN sendiri.

“Di antara aduannya adalah saya menyebut tentang sekiranya PN ini bermasalah maka saya bertanya kepada rakyat Malaysia adakah wajar sekiranya kita memperkukuhkan PAS. Itu juga diadu yang saya merasakan sangat pelik kerana dikatakan ia bertentangan dengan prinsip parti itu sendiri,” katanya kepada media selepas selesai dipanggil Lembaga Disiplin Bersatu hari ini.

Shafiq adalah antara pemimpin parti yang dipanggil oleh Lembaga Disiplin Bersatu hari ini.

Selain beliau, dua lagi ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Yunus Nurdin dan beberapa Ketua Bahagian Bersatu.

Turut dijadual dipanggil ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin namun beliau kini berada di Sydney bagi menguruskan kemasukan anaknya di universiti.

Shafiq turut menyifatkan soalan dan kenyataan yang ditunjukkan tidak ada kaitan dengan aduan yang dibuat ke atasnya. – 12 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related