◉ HEADLINES

Anwar tegaskan Kelantan tidak tersisih dalam agenda Madani

Pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang tonjolkan komitmen kerajaan pusat terhadap kesejahteraan rakyat serta pembangunan seimbang

11:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kelantan, seperti negeri lain, tidak akan dipinggirkan daripada perhatian Kerajaan Madani.

Kenyataan itu hadir selepas kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, ke pejabat beliau semalam, yang membuka ruang perbincangan mengenai kerjasama lebih erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Penekanan diberikan kepada peningkatan kesejahteraan hidup, peluasan peluang ekonomi serta pelaksanaan pembangunan yang adil dan seimbang.

Kerajaan Madani akan terus memastikan setiap negeri termasuk Kelantan diberikan perhatian sewajarnya dengan dasar dan tindakan yang berpaksikan kepentingan rakyat serta masa depan lebih terjamin untuk semua,” kata Anwar dalam perkongsian di Facebook.

Pertemuan itu dilihat sebagai isyarat jelas bahawa kerajaan pusat mahu memperkukuh ikhtiar membantu rakyat Kelantan, sekali gus meredakan persepsi bahawa negeri Pantai Timur itu sering terpinggir daripada arus pembangunan nasional.

Dalam perkongsian berasingan, Anwar turut menerima kunjungan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib bersama isteri Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah di Seri Perdana. Majlis minum petang itu bukan sekadar acara protokol, tetapi menjadi wadah memperkukuh silaturahim dan bertukar pandangan mengenai hala tuju pembangunan Pulau Pinang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menekankan bahawa negeri itu mempunyai potensi besar sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

“Perbincangan turut memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat serta potensi negeri itu sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Dengan dua pertemuan berprofil tinggi dalam sehari, mesej yang cuba dibawa jelas: Kerajaan MADANI mahu dilihat bukan sahaja sebagai pentadbiran pusat, tetapi sebagai rakan strategik kepada semua negeri – dari Kelantan hingga Pulau Pinang – demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan seimbang. – 13 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related