HEADLINES

Isu rakyat tak disentuh, Azam Baki tak dilawan: Wan Saiful kritik Bersatu hilang fokus

Wan Saiful berkata beliau pernah menjadi Ketua Penerangan Bersatu namun perkara itu tidak pernah menjadi isu namun kini isu Facebook yang menjadi tumpuan, bukan menjuarai isu rakyat

12:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan meluahkan kekecewaan terhadap apa yang berlaku dalam Bersatu kerana isu Facebook yang menjadi tumpuan sedangkan perkara lain melibatkan isu rakyat tidak disentuh.

Menurutnya, beliau pernah menjadi Ketua Penerangan Bersatu, tetapi perkara seumpama itu tidak pernah menjadi isu semasa beliau bertanggungjawab.

Malangnya, kata beliau, inilah kualiti pegawai atasan pilihan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dan kualiti Bersatu hari ini.

Jika akaun Facebook pun tidak boleh diuruskan, katanya, lebih baik tutup sahaja parti berkenaan.

“Saya sedih melihat apa yang berlaku dalam Bersatu. Isu rakyat tak disentuh. Isu Azam Baki tak dilawan. Isu Anwar Ibrahim tak disentuh. Isu jual negara tak dijuarai.

“Tapi akaun Facebook pula jadi tumpuan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful dipecat dari Bersatu pada Oktober 2025, atas dakwaan melanggar perlembagaan dan kod etika parti.

Terdahulu, Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata, empat individu disyaki terlibat dalam tindakan sabotaj terhadap akaun Facebook rasmi Bersatu.

Menurutnya, mereka disyaki mempunyai hubungan rapat dengan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan mempunyai hubungan dengan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Keempat-empat mereka memiliki akses kepada Content, Messages and Calls, Community Activity, Ads, Insights, Permissions, page deletion, menurut sumber Page Management History Facebook.

“Hantaran berunsur sabotaj bermula pada 14 Februari 2026 jam 8.54 pagi dan berakhir pada jam 11.44 malam pada tarikh sama.

“Dalam hampir 15 jam itu, sebanyak 21 hantaran telah dibuat oleh salah seorang administrator,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Krisis dalaman Bersatu semakin memuncak apabila Timbalan Presidennya yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat dari parti itu.

Selain beliau, 16 individu lain termasuk tiga Ahli Parlimen, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan beberapa ketua bahagian Bersatu turut dipecat.

Sementara Hamzah pada Sabtu memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang rayuan kepada Lembaga Disiplin berhubung pemecatannya sebagai ahli parti.

Hamzah berkata beliau kini merupakan Ahli Parlimen Bebas yang menerima sokongan daripada majoriti Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), iaitu seramai 19 orang daripada 25 Ahli Parlimen Bersatu. – 15 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related