◉ HEADLINES

Tuduhan SPRM ‘mafia korporat’ tidak berasas, bersandar maklumat tidak sahih: Azam

4:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tuduhan yang melabelkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai ‘mafia korporat’ adalah tidak berasas dan bersandarkan maklumat yang tidak sahih, kata Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

Menurut Azam, dakwaan tersebut tidak memberikan kesan kepadanya kerana ia dipetik daripada sumber yang tidak mempunyai kesahihan dan tidak disokong bukti kukuh.

Malah, katanya, jika ada bukti, maka laporlah kepada polis.

“Saya tak pedulilah YouTube, YouTube ni saya tak peduli tuan-tuan. Ini semua kalau mereka ada apa keterangan yang mereka ambil daripada mana-mana maklumat tidak sah, terpulang kepada mereka.

“Sesiapa nak buat laporan polis pergilah lapor pada polis, saya tidak kisah mengenainya.

“Kamu (wartawan) ada etika sendiri kan. Adakah kamu ingin ambil maklumat dan berita dari maklumat yang tidak sahih.

“Kalau ada bukti, pergi kepada pihak berkuasa dan buat laporan. Senang saja. Buatlah apa video pun, apa-apa video pun kalau ada elemen jenayah, pergi ke mahkamah dan pihak berkuasa. Saya okey,” katanya, lapor Malaysia Gazette.

Baru-baru ini, Bloomberg mendakwa unit pembanterasan rasuah itu terlibat dalam rangkaian yang didakwa sebagai ‘mafia korporat’ yang dikatakan bersekongkol dengan ahli perniagaan untuk mengambil alih kawalan syarikat milik tempatan.

Dalam pada itu, Azam memberitahu beliau telah menyerahkan surat tuntutan (LOD) kepada Bloomberg dan akan meneruskan tindakan saman sekiranya tiada maklum balas dalam tempoh 14 hari yang ditetapkan.

Media sebelum ini melaporkan terdapat gesaan daripada pelbagai pihak agar Azam direhatkan daripada jawatan selepas Bloomberg dalam laporannya mendakwa beliau memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas berkata tiada keperluan segera untuk merehatkan Azam sebaliknya menyerahkan kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk melakukan siasatan terlebih dahulu.

Jawatankuasa khas berkenaan dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan turut dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican. – 15 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related