HEADLINES

12 anggota polis ditahan, disyaki terlibat rompakan kripto RM200,000

Pengadu mendakwa dia bersama tujuh rakannya dipaksa memindahkan mata wang kripto bagi mendapatkan pembebasan

12:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – 12 anggota polis termasuk empat pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan kerana disyaki terbabit dalam rompakan berkumpulan melibatkan RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto.

Mereka yang ditahan termasuk Superintendan, Inspektor, sarjan, enam koperal, dua lans koperal dan seorang konstabel berusia antara 24 hingga 47 tahun.

Memetik sumber Harian Metro, mereka ditahan dalam beberapa tangkapan yang dijalankan oleh ibu pejabat polis daerah dalam masa dua hari.

Kejadian dilaporkan berlaku susulan satu serbuan yang dijalankan sepasukan pegawai dari Unit Jenayah Komersial di sebuah banglo dua tingkat di kawasan berpagar di Country Heights, Kajang, pads jam 11.10 malam, 5 Februari lalu.

Pasukan itu memaklumkan mereka menjalankan operasi anti-penipuan dikenali sebagai ‘Op Taring’ dan mengesyaki penghuni rumah itu terbabit kegiatan penipuan secara dalam talian yang dikaitkan dengan sindiket di Kemboja.

“Selepas memeriksa peranti elektronik dan pasport mereka, tiada bukti kegiatan jenayah ditemui. Tiada rekod juga menunjukkan pengadu dan rakannya pernah ke Kemboja,” kata sumber itu.

Pengadu, seorang juru ukur pasaran warga China berusia 31 tahun, mendakwa beliau bersama tujuh rakan dipaksa memindahkan mata wang kripto bagi mendapatkan pembebasan.

Sebelum beredar, suspek turut didakwa mengarahkan kumpulan itu mengosongkan rumah dalam tempoh dua hari atau berdepan tindakan lanjut.

Berikutan itu, siasatan awal yang dijalankan membawa kepada penahanan tujuh anggota polis dari JSJK dan pencegahan daerah.

Siasatan lanjut mendedahkan penglibatan lima lagi anggota, termasuk empat yang bertugas dalam unit siber dan forensik digital di JSJK Bukit Aman. Mereka berusia 35 hingga 44 tahun yang berkhidmat antara enam hingga 22 tahun.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan.

Beberapa telefon bimbit, kad SIM dan dokumen dipercayai berkaitan operasi itu turut dirampas polis.

Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Kajang dan Bandar Baru Bangi bagi membantu siasatan, termasuk menjejak transaksi kripto berkenaan. Tempoh reman dilaporkan dilanjutkan sebelum semua suspek dibebaskan dengan jaminan. – 19 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related