HEADLINES

Polis Selangor sahkan 12 anggota polis ditahan berhubung isu kripto

Polis menerima laporan pada 6 Februari lepas dan tindakan segera diambil hingga membawa kepada penahanan 12 anggota terbabit

8:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Selangor mengesahkan 12 anggota polis telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes samun melibatkan kerugian mata wang kripto milik seorang warga asing yang dilaporkan berlaku di daerah Kajang awal bulan ini.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6 Februari lepas kira-kira 2.06 petang.

“Susulan laporan itu, tindakan segera telah diambil sehingga membawa kepada penahanan 12 anggota polis bagi membantu siasatan.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan siasatan masih dijalankan,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu media melaporkan, 12 anggota polis termasuk empat pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan kerana disyaki terbabit dalam rompakan berkumpulan melibatkan RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto.

Mereka yang ditahan termasuk Superintendan, Inspektor, sarjan, enam koperal, dua lans koperal dan seorang konstabel berusia antara 24 hingga 47 tahun.

Dalam pada itu, Shazeli menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam aktiviti jenayah.

Shazeli turut meminta orang ramai memberi ruang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan. – 19 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related