HEADLINES

Adun, MP Bersatu boleh letak jawatan dalam parti, ia tidak bermaksud lompat parti: Wan Saiful

Wan Saiful berkata Adun atau Ahli Parlimen boleh letak jawatan dalam parti bagi menolak penguasaan Azmin-Muhyiddin dalam Bersatu

11:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peraturan anti lompat parti tidak terpakai jika seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ahli Parlimen (MP) Bersatu meletak jawatan dalam parti bagi menolak penguasaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, peletakan jawatan dalam parti tidak bermaksud melompat parti.

Beliau berkata demikian bagi menjawab mengenai pembubaran Jawatankuasa Bersatu bahagian Pendang yang diketuai oleh Adun Sungai Tiang dan Timbalan Speaker DUN Kedah, Razak Khamis.

Wan Saiful, yang dipecat dari Bersatu pada tahun lepas berkata, pembubaran jawatankuasa itu melambangkan akar umbi Bersatu mahukan Adun mereka mengikut langkah yang dimulakan oleh 19 Ahli Parlimen yang telah hilang kepercayaan kepada Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu.

“Tetapi wujud persoalan adakah peraturan anti lompat parti terpakai jika seseorang Adun atau MP keluar parti.

“Untuk menjawab soalan yang diajukan kepada saya oleh ramai Adun-Adun Bersatu, saya nyatakan bahawa langkah YB Razak Khamis selaku Ketua Bahagian Pendang menjawab persoalan ini, iaitu seseorang Adun atau MP boleh meletak jawatan parti seperti jawatan Ketua Bahagian sebagai tanda menolak penguasaan Azmin-Muhyiddin dalam Bersatu, tetapi tidak keluar parti,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook.

Difahamkan lebih 30 Bahagian Bersatu di seluruh negara mengumumkan pembubaran jawatankuasa masing-masing selepas Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat dari jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Wan Saiful juga berkata, rakyat akan menghukum mana-mana ahli politik yang meletakkan kepentingan peribadi lebih tinggi dari perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Biarkan pasangan Azmin-Muhyiddin bermain dengan perkara teknikal seperti Bahagian tidak terbubar apabila AJK meletak jawatan.

“Itu sajalah propaganda yang mereka mampu. Hakikatnya apabila sebegitu ramai AJK meletak jawatan, maka jawatankuasa Bahagian itu telah terbubar dan Bahagian itu menjadi lumpuh,’’ katanya.

Wan Saiful turut menyentuh mengenai ‘Reset Malaysia’ bagi membuktikan kepada rakyat dan pengundi bahawa mereka kesetiaan mereka adalah kepada perjuangan membela nasib rakyat serta membina bangsa dan negara, bukan perjuangan untuk mengangkat kepentingan peribadi Azmin dan Muhyiddin sahaja. – 22 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

Related