◉ HEADLINES

Ashwad Ismail terajui Jabatan Penyiaran, ganti Suhaimi Sulaiman

Pelantikan Ashwad sebagai Ketua Pengarah Penyiaran diumumkan selepas Datuk Suhaimi Sulaiman menamatkan perkhidmatan pada Februari lalu. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kepimpinan baharu akan memperkukuh industri penyiaran negara

4:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan tahniah kepada bekas Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail, atas pelantikannya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran yang baharu.

Dalam hantaran di Facebook, Fahmi turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah, bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik & Pengurusan) Kementerian Perladangan dan Komoditi, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran.

“Selamat datang ke keluarga Kementerian Komunikasi!
Semoga kepimpinan yang dibawa terus memperkukuh industri penyiaran negara, memacu inovasi serta menyampaikan maklumat yang sahih dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Latar belakang dan pengalaman

Ashwad, 40, menggantikan Datuk Suhaimi Sulaiman yang menamatkan perkhidmatannya pada 22 Februari lalu selepas hampir tiga tahun menerajui agensi penyiaran awam.

Beliau mempunyai pengalaman hampir 19 tahun bersama Astro Awani, termasuk sebagai sebahagian daripada pasukan pengasas sejak 2007 dan memegang jawatan Ketua Pengarang selama lima tahun, memimpin hala tuju editorial serta menetapkan standard liputan berita.

Selain kerjaya di bilik berita, Ashwad pernah menjadi Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) bagi tempoh 2023–2025, memperkukuh kerjasama media dua hala. Namanya turut dikenali dalam liputan antarabangsa apabila beliau berada di atas kapal MV Mavi Marmara dalam misi Flotila Kebebasan ke Gaza pada 2010.

Akademik dan profesional

Ashwad merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dan Kerajaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Diploma Pengurusan Penyiaran daripada Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM).

Beliau juga Senior Fellow of Public Service di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, dan Profesor Adjung Fakulti Sains Sosial di Universiti Islam Selangor. – 23 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related