HEADLINES

Hanafiah tidak wajib letak jawatan, kapasiti sebagai Exco tidak jejas pendakwaan: Samsuri

Seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah, kata Menteri Besar Terengganu

4:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Exco Terengganu, Datuk Hanafiah Mat yang didakwa di mahkamah hari ini kerana menggunakan kedudukan untuk kepentingan ahli keluarganya, tidak diwajibkan meletak jawatan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini kerana kapasiti beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan.

Beliau memberitahu, Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah.

“Ahli MMKN berkenaan tidak diwajibkan meletak jawatan, kerana kapasiti beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan.

“Saya mengambil maklum isu seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang kini berada di peringkat pendakwaan dan perbicaraan.

“Kerajaan Negeri komited menjaga integriti dan menghormati sepenuhnya proses undang-undang yang sedang berjalan.

“Ahli MMKN berkenaan tidak diwajibkan meletak jawatan, kerana kapasiti beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak menjejaskan proses pendakwaan dan perbicaraan.

“Seseorang tidak boleh dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah. Semua pihak diminta tidak membuat spekulasi atau sebarang penilaian awal yang boleh menjejaskan proses keadilan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Hanafiah Mat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua tuduhan menggunakan kedudukan untuk kepentingan ahli keluarganya pada 2018 dan 2020.

Beliau didakwa menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan kedua-dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.

Justeru Ahmad Samsuri menyeru semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada sistem perundangan menjalankan tugasnya secara profesional. – 24 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related