HEADLINES

Tiada permohonan rasmi: Saya tengok Hamzah pertimbang banyak pilihan parti’ – Ketua Penerangan Berjasa

6:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Berjasa Malaysia (Berjasa) tidak menerima permohonan secara rasmi daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin meskipun Ahli Parlimen Larut itu disebut-sebut bakal menyertai sebuah parti politik baharu dalam masa terdekat.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Penerangan Berjasa, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata Hamzah sendiri dilaporkan mempertimbangkan banyak pilihan daripada parti-parti lain.

‘Tiada (permohonan) rasmi ….tiada. Saya tengok Hamzah pertimbang banyak pilihan.

“Seperti yang saya sebut sebelum ini tiada perbincangan rasmi atau pertemuan khusus tetapi Berjasa sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi memperkukuh agenda kesatuan dan penyatuan Melayu.

“Hubungan saya dan Hamzah serta Tan Sri Muhyiddin Yassin baik, malah kami berada bersama-sama dalam IPR (Ikatan Prihatin Rakyat),’’ katanya.

Hamdan berkata demikian ketika ditanya sama ada Hamzah akan menyertai parti Berjasa ketika angin bertiup kencang bahawa Ahli Parlimen Larut itu bakal menyertai parti politik baharu.

Pengumuman mengenainya dikatakan akan dibuat pada masa yang sesuai.

Sementara itu, Hamdan memberitahu, Berjasa menyatakan sokongan sekiranya Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Pengerusi yang baharu, Datuk Dr Ahmad Samsuri Moktar membuka keanggotaan penuh kepada parti-parti politik lain, di luar blok tersebut.

Hamdan berkata,  pada zaman Muhyiddin sebagai pengerusi PN, parti-parti kecil ini hanya dipelawa menjadi sahabat PN.

“Kalau jadi sahabat PN, kita tidak berminat, baik jadi ‘third force’. Jemputan ketika itu hanya untuk parti sedia ada.

“Bagaimanapun dengan perubahan kepimpinan di mana Ahmad Samsuri menjadi pengerusi baharu, mungkin situasi itu akan berubah,’’ katanya.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali memberitahu, ketika ini adalah waktu paling sesuai untuk PN membuka ruang kepada parti-parti kecil  seperti Pejuang, PUTRA, Berjasa, Muda dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk diserap di bawah satu gabungan yang besar.

Dalam pada itu, Hamdan turut memberitahu, Berjasa juga telah dijenamakan semula sejak 2020 dan tidak lagi menggunakan nama  Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia.

Selain itu, ujarnya, dalam perlembagaan parti, Berjaya terbuka kepada bukan Islam untuk menyertai parti berkenaan dan menjadi Ahli Bersekutu.

“Kita melakukan perubahan ini kerana Berjasa sudah bersedia untuk bergerak ke hadapan terutama dalam masyarakat majmuk di negara ini,’’ katanya. – 26 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related