◉ HEADLINES

Lelaki dipenjara 10 tahun, dua sebatan, rogol remaja bawah umur yang dikenali melalui TikTok

Tertuduh mengenali mangsa menerusi platform media sosial TikTok pada tahun lepas

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Timur Leste dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, semalam kerana merogol seorang remaja bawah umur yang dikenalinya melalui platform media sosial TikTok, tahun lepas.

Keputusan dibuat oleh Hakim Monica Linsua selepas Rafinus Bata Tukan, 30, mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan, lapor Bernama.

Monica memerintahkan Rafinus menjalani tempoh penjara bermula daripada tarikh tangkap, iaitu 19 Disember tahun lepas dan lelaki itu dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia selepas selesai hukuman.

Menurut fakta kes, pada 7 Disember 2025 seorang individu membuat laporan polis tentang kehilangan anak perempuannya pada 6 Disember selepas dikatakan keluar mengikut tertuduh yang baharu dikenali sebulan melalui TikTok, dengan menaiki motosikal.

Mangsa yang berusia 15 tahun sembilan bulan semasa kejadian kemudian memberitahu bapanya bahawa lelaki itu telah merogolnya di bilik sewa tertuduh di Inanam pada kira-kira 7 malam 7 Disember.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shaferrah Mad Iskim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – 28 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related