◉ HEADLINES

Dividen akaun KWSP lain tak boleh ‘ditarik’ ke Akaun 3

KWSP berkata ketetapan ini dibuat selaras dengan Akta KWSP 1991 yang tidak membenarkan sebarang pemindahan merentasi akaun

2:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan agihan dividen kepada pencarum dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang.

Ketetapan ini dibuat selaras dengan Akta KWSP 1991 yang tidak membenarkan sebarang pemindahan merentasi akaun.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata setiap pembayaran dividen mesti mematuhi struktur akaun yang ditetapkan. Dividen hanya boleh dimasukkan ke dalam akaun yang sepadan dengan baki simpanan ahli.

“Di bawah Akta KWSP sedia ada, dividen mesti dikreditkan ke dalam akaun yang betul. Kita tidak boleh mengambil dividen daripada akaun lain dan menyalurkannya ke Akaun 3,” katanya pada sidang media pengumuman prestasi kewangan KWSP, di Sungai Buloh, hari ini.

Beliau menjelaskan, ketetapan itu adalah sebahagian daripada prinsip pengurusan simpanan persaraan yang diamalkan KWSP. Ia bertujuan memastikan integriti dan ketelusan pengagihan dividen kepada lebih 16 juta pencarum.

Dalam pada itu, pencarum yang menyimpan dalam Akaun 3 tetap layak menerima dividen 6.15% bagi tahun kewangan 2025. Bagaimanapun, agihan dibuat berdasarkan baki sebenar dalam setiap akaun, bukan secara pukal.

Dividen dikreditkan mengikut baki purata harian dalam Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3). Jika pencarum sudah mengeluarkan keseluruhan simpanan dalam Akaun Fleksibel, akaun itu tidak akan menerima dividen.

KWSP turut mengumumkan kadar dividen 6.15% bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah. Ia menandakan tahun kedua berturut-turut kadar sama diberikan kepada kedua-dua dana.

Bagi prestasi jangka panjang, Simpanan Konvensional mencatat pulangan terkumpul lima dan 10 tahun masing-masing 5.88%. Simpanan Shariah pula merekodkan pulangan lima dan 10 tahun sebanyak 5.65% dan 5.60%. – 28 Februari, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related