HEADLINES

‘Penyakit’ dalam parti perlu dicegah demi kelangsungan Bersatu: Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui pemecatan pemimpin kanan Bersatu amat pahit, namun menegaskan langkah drastik itu wajib demi menyelamatkan parti daripada ancaman dalaman yang merosakkan perjuangan

12:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pemecatan beberapa pemimpin kanan parti adalah langkah pahit tetapi perlu demi kelangsungan perjuangan dan masa depan parti.

“Saya tidak gembira dengan tindakan ini kerana mereka sepatutnya berjuang bersama. Namun, apabila menyimpang jauh daripada landasan parti, tindakan disiplin tidak dapat dielakkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Rahmat Ramadan Bersatu Negeri Sembilan, di Nilai malam tadi.

Bekas Perdana Menteri itu menekankan bahawa parti tidak boleh berkompromi dengan pelanggaran peraturan.

“Perlembagaan parti jelas. Jika ada yang bertindak bertentangan, ia mesti dihentikan. Malang sekali, mereka yang dipecat adalah pemimpin tertinggi yang sepatutnya menguatkan parti, tetapi akhirnya merosakkannya,” ujarnya.

Beliau menjelaskan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) terpaksa bertindak bagi mencegah ‘penyakit’ yang boleh melemahkan parti. “Sebab itu tindakan disiplin diambil terhadap timbalan presiden dan beberapa yang lain,” katanya.

Pada 13 Februari lalu, Bersatu memecat Timbalan Presiden merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama 16 ahli lain kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti.

Antara yang turut digugurkan ialah Ahli MPT merangkap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Datuk Zainol Fadzi Paharudin (ADUN Sungai Manik); serta beberapa pemimpin bahagian termasuk Yunus Nurdin (Libaran), Abdul Aziz (Dungun), dan Mohd Hassundi Hamzah (Larut).

Muhyiddin menambah, beliau tidak mengetahui sama ada akan ada lagi pemecatan selepas ini kerana perkara itu diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Disiplin.

“Jika ada laporan pelanggaran perlembagaan, Lembaga Disiplin akan menilai dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. – 1 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related