HEADLINES

Jangan buruk sangka’ siasat isu Azam baki ikut proses: PM

Laporan Jawatankuasa Khas Siasatan melibatkan siasatan berkaitan isu pemilikan saham Azam Baki akan siap beberapa hari lagi

3:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian beliau berhubung isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki masih sama berbanding sebelum menjadi Perdana Menteri.

Namun, katanya, siasatan yang dijalankan tertakluk kepada peraturan.

“Kita jangan buruk sangka, biar siasat dapat fakta. Sama ada Anwar dulu pernah mengemukakan, masih tertakluk kepada proses yang sama. Mesti ada proses siasatan yang telus termasuk pemilikan saham dan tuduhan tomahan tentang mafia korporat. Kedua-duanya tidak ditutup.

“Tentang jenis dan bentuk siasatan, saya dah jelaskan biarlah ikut prosesnya terlebih dulu. Mengapa diberikan pandangan yang sangat keras terhadap satu pihak padahal kita diminta hanya ikut proses?,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang bertanyakan pendirian Anwar melibatkan Azam Baki, ketika menjadi pembangkang dahulu dan selepas menjadi Perdana Menteri.

Anwar ketika mengulas mengenainya turut menegaskan sebarang siasatan perlu dilakukan dengan telus serta berfakta dan bukan bersandarkan sangkaan buruk semata-mata.

“Biasanya dalam pertuduhan terhadap mana-mana penjawat awam, ikut dulu proses laporan daripada penjawat awam dan dalam konteks ini, kita perluaskan skop, bukan sahaja dari segi prosedur peraturan pentadbiran, tetapi diperluaskan skop, sebab itu Peguam Negara yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Siasatan,” katanya

Dalam pada itu, beliau memaklumkan laporan Jawatankuasa Khas Siasatan melibatkan siasatan berkaitan isu pemilikan saham Azam Baki akan siap beberapa hari lagi.

Jelas beliau, tindakan lanjut termasuk sekiranya terdapat rasional untuk siasatan itu dilanjutkan akan diputuskan berdasarkan laporan itu.

Justeru, beliau berkata cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu berkenaan adalah terlalu awal.

“Tentang cadangan RCI bagi kita agak premature, terlalu awal kerana siasatan yang diketuai oleh Peguam Negara akan siap minggu ini, dalam beberapa hari. Jadi kita tengok dulu, apakah kemunasabahan, rasional untuk melanjutkan dan dalam bidang apa yang perlu untuk diteliti.

“…biarlah kita ikut prosesnya. Pertama, mendapat dulu laporan daripada Peguam Negara yang tidak akan tertangguh kerana Peguam Negara memaklumkan kepada saya laporan akan disediakan dalam tempoh satu, dua hari ini. Kemudian, kalau ada rasional untuk melanjutkan (siasatan), itu kita akan lanjutkan,” katanya. – 3 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related