HEADLINES

Rahim Tamby Chik dedah wajah ‘ala mafia’ dalam Bersatu

Selepas lapan tahun bersama Bersatu, Rahim Tamby Chik mendakwa budaya pilih kasih dan kepentingan peribadi telah merosakkan integriti parti, sekali gus mendorong kepimpinan Melaka angkat kaki

5:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik menyifatkan pentadbiran Bersatu kini menjelmakan wajah sebenarnya yang “ala mafia” selepas lapan tahun bersama.

Rahim mendakwa budaya kepimpinan dalam parti semakin jauh daripada prinsip perjuangan asal, diganti dengan amalan pilih kasih dan kepentingan peribadi.

“Pentadbiran parti semakin cenderung kepada pendekatan ala mafia, sentiasa pilih bulu dan tidak lagi mencerminkan ketelusan yang diharapkan ahli akar umbi,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial hari ini.

Beliau menegaskan keputusan-keputusan penting tidak lagi dibuat atas merit, sebaliknya dipengaruhi faktor tertentu yang menjejaskan integriti organisasi.

Rahim yang pernah mengetuai Badan Pimpinan Bersatu Melaka berkata, masa depan parti yang dahulu dilihat cerah kini bertukar kelabu akibat isu dalaman yang gagal ditangani.

Beliau menggesa kepimpinan kembali kepada asas perjuangan dengan memperkukuh integriti, ketelusan dan keadilan.

“Ahli mahukan kepemimpinan yang telus dan adil, bukannya budaya yang menimbulkan persepsi negatif masyarakat,” tegasnya.

Pada 24 Februari lalu, Rahim turut mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu disusuli kepimpinan Bersatu di lima daripada enam bahagian di Melaka, termasuk pemimpin cawangan dan sayap parti. – 5 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related