HEADLINES

Malaysia serah suspek eksploitasi seksual kanak-kanak antarabangsa kepada FBI

Zobaidul Amin, bekas pelajar perubatan di Kuala Lumpur, diekstradisi ke Alaska selepas didakwa mengendalikan rangkaian eksploitasi seksual kanak-kanak antarabangsa

1:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia menyerahkan seorang warga Bangladesh, Zobaidul Amin, 28, kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung dakwaan penghasilan dan pemilikan pornografi kanak-kanak berskala besar.

Pengarah FBI, Kash Patel, dalam hantaran di platform X mengesahkan suspek telah diekstradisi ke Alaska untuk didakwa di mahkamah hari ini.

“FBI bersama rakan kerjasama kami menahan lelaki warga Bangladesh yang dikehendaki sejak 2022 atas beberapa pertuduhan termasuk mengendalikan rangkaian eksploitasi seksual kanak-kanak antarabangsa. Sehingga malam tadi, dia sudah dipindahkan oleh FBI Anchorage dari Malaysia kembali ke AS di Alaska dan akan berdepan pertuduhan di mahkamah hari ini,” katanya.

Kash turut merakam penghargaan kepada Kerajaan Malaysia dan Pejabat Atase Perundangan Kuala Lumpur atas kerjasama dalam siasatan serta penahanan suspek.

“Terima kasih kepada LEGAT Kuala Lumpur, Kerajaan Malaysia dan rakan kerjasama tempatan kami… Terima kasih juga kepada FBI Anchorage atas kerja cemerlang dalam kes ini,” ujarnya.

Zobaidul, bekas pelajar perubatan di Kuala Lumpur, pernah dituduh di Mahkamah Sesyen pada 2022 dengan lapan pertuduhan menghasilkan bahan pornografi kanak-kanak menggunakan aplikasi Snapchat. Jika sabit kesalahan, hukuman maksimum ialah 30 tahun penjara dan enam sebatan.

Menurut Pejabat Peguam AS Alaska, suspek akan dibawa ke hadapan Hakim Majistret Kyle F. Reardon hari ini. Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman antara 20 tahun hingga seumur hidup.

Kes ini dikaitkan dengan Project Safe Childhood, inisiatif Jabatan Kehakiman AS bagi membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak. Dokumen mahkamah mendedahkan suspek mengeksploitasi ratusan mangsa bawah umur di AS dan luar negara melalui aplikasi Instagram dan Snapchat.

Peguam Negara AS, Pamela Bondi, menyifatkan pemindahan itu sebagai bukti komitmen memburu penjenayah antarabangsa:

“Pemindahan seorang warga Bangladesh dari Malaysia adalah satu lagi contoh kejayaan usaha pentadbiran ini dalam memburu penjenayah yang bersembunyi di luar negara.”

Sementara itu, Peguam AS bagi Alaska, Michael J. Heyman, menegaskan kes ini adalah antara eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian terbesar pernah disaksikan di Amerika Syarikat, dengan impak antarabangsa yang meluas. – 6 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related