HEADLINES

Selangor taja 75 individu tunai ibadah haji babit kos RM1.2 juta tahun ini

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata jumlah jemaah itu turut menyaksikan peningkatan sebanyak 29 individu berbanding 46 jemaah yang mendapat manfaat tajaan penuh bagi musim haji tahun lepas

5:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tajaan penuh ibadah haji tahun ini kepada 75 jemaah dari negeri itu melibatkan kos sebanyak RM1.2 juta. 

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata jumlah jemaah itu turut menyaksikan peningkatan sebanyak 29 individu berbanding 46 jemaah yang mendapat manfaat tajaan penuh bagi musim haji tahun lepas.

“Bagi meringankan urusan perjalanan, Kerajaan Negeri dan Yayasan MBI akan turut menyampaikan bantuan RM1,500 kepada 75 jemaah ini.

“Syarat dan kelayakan jemaah yang bakal menerima manfaat tajaan penuh akan diusahakan dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji melalui syor Jabatan Agama Islam sebelum disembah maklum untuk perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Amirudin berkata mengambil kira situasi tidak menentu di Timur Tengah, pihaknya juga akan bekerjasama rapat dengan Wisma Putra bagi memastikan keselamatan perjalanan jemaah Selangor dalam menunaikan ibadah itu.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mendoakan agar keadaan di Timur Tengah kembali aman dan mengajak semua pihak yang terlibat untuk kembali ke meja rundingan sebagai jalan penyelesaian.

“Dunia tidak boleh membenarkan budaya pelanggaran undang-undang antarabangsa untuk dinormalisasikan terutamanya dalam keadaan rakyat biasa sedang menjadi mangsa,” katanya. – 6 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related