HEADLINES

Anwar ingatkan rakyat berjimat ‘semuanya melambung tinggi’ akibat perang

Kerajaan sedang memantau situasi dengan teliti kerana ketegangan geopolitik dan gangguan bekalan mula memberi tekanan kepada ekonomi dunia termasuk mengakibatkan kenaikan harga barang

4:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya menguruskan kewangan dengan berhati-hati dan tidak boros berbelanja susulan perang di Iran, yang memberikan tekanan kepada ekonomi dunia.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang memantau situasi dengan teliti kerana ketegangan geopolitik dan gangguan bekalan mula memberi tekanan kepada ekonomi dunia termasuk mengakibatkan kenaikan harga barang.

“Semuanya melambung tinggi…setakat ini kerajaan adakan pertemuan cari jalan pertahankan.

“Tapi saya cuma nak bagi tahu awal supaya cermat belanja, jimat, simpan, jangan kita lupa dalam keadaan selesa ini, gambaran di dunia ini sudah kacau bilau. Bukan satu negara, tapi puluhan negara.

“Akibat perang Iran di Iran ini, ekonomi dunia gawat. Harga minyak sekarang melonjak dua kali ganda.

“Saya nak pertahankan Petrol RM1.99. Tak tahu berapa lama. Doakan supaya kita boleh bertahan kerana harga minyak sudah naik dua kali ganda,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid Mengkuang Titi dan Sambutan Nuzul Quran 1447H di Masjid Mengkuang Titi, Permatang Pauh, hari ini.

Dalam ucapannya itu, Anwar turut menyentuh mengenai sekumpulan remaja yang ditahan polis semalam, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti berorientasikan ideologi kumpulan pengganas.

Menurutnya, keadaan masih terkawal dan beliau turut memuji pihak polis kerana bertindak dengan pantas.

“Ketua Polis Negara buat kenyataan tentang muncul satu kelompok anak-anak muda 18, 19 tahun yang terpengaruh dengan hasutan luar, ISIS. Yang nak buat negara Islam, ajar bagaimana bikin bom.

“Saya berysukur kerana keadaan masih terkawal, polis yang cekap mengenalpasti. Tapi jangan alpa dan cuai,’’ katanya.

Beliau turut menegaskan, anak-anak perlu dididik dengan ilmu dan diberikan penerangan serta kesedaran mengenai pengaruh luar yang boleh mempengaruhi mereka.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melumpuhkan cubaan menghidupkan semula ideologi kumpulan pengganas Daesh di negara ini dengan penahanan enam remaja termasuk tiga di bawah umur menerusi operasi khas baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata suspek berusia antara 16 hingga 21 tahun ditahan dalam operasi dilancarkan oleh Cawangan Khas selama dua hari bermula 14 Feb di Lembah Klang, Johor, Kedah dan Terengganu. – 7 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Heritage players controversy: Be ready for the worst, says TMJ

Despite not having an official role in the national football set up, Johor Crown Prince vows will fight up to the Court of Arbitration for Sports (CAS) if FIFA’s decision not in Malaysia’s favour

Megat Hafiz A.C.A.B tetap saman empat individu yang muat naik hantaran berbaur hasutan, ugutan dan penghinaan

Vokalis dan pemain gitar kumpulan skinhead, A.C.A.B, Megat Hafiz Mohammad atau Magskin memaklumkan salah seorang daripada empat individu yang sebelum ini telah mengeluarkan hantaran jelek berbaur hasutan, penghinaan serta ugutan dengan niat menjatuhkan dirinya telah ditahan polis di Pahang.

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related