HEADLINES

Hamzah tolak Umno, sasar entiti politik baharu

Majlis berbuka puasa yang dihadirinya bersama pemimpin PN dan tokoh politik lain memberi bayangan kepada rancangan membentuk parti baharu menjelang pilihan raya

9:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang baru-baru ini dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden Bersatu, menegaskan beliau tidak akan kembali ke pangkuan Umno sebaliknya terus mengorak langkah membentuk entiti politik baharu.

Ketua Pembangkang Parlimen itu semalam menganjurkan majlis berbuka puasa di Putrajaya, menghimpunkan pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) serta tokoh politik lain termasuk Presiden Berjasa Zamani Ibrahim, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan pengasas Parti Keluarga Malaysia Khairi Jaya.

Turut kelihatan, Presiden Gerakan Dominic Lau, Presiden MIPP P Punithan, serta Presiden MIC S Vigneswaran yang duduk di meja utama bersama Hamzah – kehadiran yang mencetuskan spekulasi mengenai hala tuju MIC dalam landskap politik semasa.

PAS pula diwakili oleh Ahli Jawatankuasa Pusat, Awang Hashim.

“Alhamdulillah kita lakukan (majlis ini) kerana seperti apa saya katakan tadi, kita rapatkan silaturrahim. Rapatkan silaturrahim ini dia memberi perasaan bahawa mana-mana parti pun saya tak ambil kira termasuk Umno,” kata Hamzah.
“Jadi kalau soalan adakah saya akan masuk Umno? Tidak. Tadi pun nampak banyak parti bersama saya. Jadi saya tengoklah macam mana untuk masa depan rakyat.”

Hamzah turut menolak pelawaan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang sebelum ini menyatakan bekas ahli dialu-alukan kembali di bawah visi Rumah Bangsa.

“Tak payah masuklah (Umno),” katanya ringkas.

Sebelum menyertai Bersatu, Hamzah adalah antara Ahli Parlimen Umno yang keluar parti pada Disember 2018 selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Zahid.

Mengenai kedudukan MIC dalam PN, Hamzah menegaskan perkara itu wajar ditanya kepada Pengerusi PN baharu, Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Saya sekarang orang tidak berparti jadi kalau tanya tentang itu saya tak tahu. Cuma saya beri sokongan 100 peratus kepada PN,” ujarnya.

Langkah politik Hamzah terus menjadi tanda tanya selepas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan menolak sebarang percubaan parti baharu Hamzah menyertai PN, dengan alasan beliau “tidak boleh dipercayai”. Namun, minggu lalu Hamzah memberi bayangan tentang kemungkinan mengambil alih Parti Keluarga Malaysia yang belum didaftarkan.

“Sudah tentu perbincangan kita memerlukan perincian… saya perlukan masa,” katanya, sambil menambah pendaftaran parti baharu mungkin berlaku “sebelum raya atau selepas raya”.

Majlis semalam turut dihadiri barisan pemimpin Bersatu yang dipecat serta mereka yang menunggu tindakan disiplin, termasuk Naib Presiden Ronald Kiandee dan Ketua Wanita Mas Ermieyati Samsudin.

Hamzah dalam nada sinis mengingatkan kepimpinan Bersatu agar terus memecat penyokongnya supaya perjuangan mereka dapat diteruskan. Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali dan Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz menegaskan parti kekal utuh dengan pengganti baharu bagi jawatan yang kosong. – 10 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Related