HEADLINES

KPM umum cuti Aidilfitri tambahan, pelajar dapat 9 hari rehat

KPM berkata cuti tambahan ini membolehkan guru, ibu bapa dan pelajar merancang aktiviti serta membuat persiapan lebih awal

10:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menjelang Aidilfitri yang dijangka disambut pada 21 Mac ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan cuti tambahan sehari dan dua hari mengikut negeri, sekali gus memberi ruang lebih panjang untuk perancangan keluarga.

Pengumuman cuti tambahan sememangnya sentiasa dinanti guru, ibu bapa dan pelajar bagi membolehkan mereka merancang aktiviti serta membuat persiapan lebih awal.

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, negeri di bawah Kumpulan A – Kedah, Kelantan dan Terengganu – akan mula bercuti pada 19 Mac (Khamis).

Manakala Kumpulan B yang merangkumi Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya menikmati cuti tambahan dua hari iaitu 19 Mac (Khamis) dan 20 Mac (Jumaat).

Lebih menggembirakan, cuti Aidilfitri ini bersambung terus dengan Cuti Penggal 1, menjadikan tempoh rehat lebih panjang:

Kumpulan A: 20–28 Mac (9 hari)

Kumpulan B: 21–29 Mac (9 hari)

“Cuti tambahan ini membolehkan guru, ibu bapa dan pelajar merancang aktiviti serta membuat persiapan lebih awal,” menurut kenyataan KPM. – 10 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Related