HEADLINES

Stok beras negara ditingkatkan sehingga sembilan bulan: Mohamad Sabu

Mohamad turut meminta rakyat supaya tidak panik kerana bekalan makanan termasuk beras, ayam, telur, ikan dan daging mencukupi sekurang-kurangnya hingga Mei atau Jun tahun ini

2:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kabinet bersetuju supaya stok beras negara ditambah sehingga tempoh sembilan bulan akan datang, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Menurutnya, ia bagi memastikan bekalan beras mencukupi sekiranya perang Iran dan Amerika Syarikat – Israel berlarutan.

Sambil memberi jaminan bekalan makanan adalah mencukupi, Mohamad turut meminta rakyat supaya tidak panik kerana bekalan makanan termasuk beras, ayam, telur, ikan dan daging mencukupi sekurang-kurangnya hingga Mei atau Jun tahun ini.

“Kabinet telah bersetuju stok beras negara ditambah hingga tempoh sembilan bulan akan datang daripada sekarang. Ini sebagai langkah awal bagi memastikan bekalan makanan negara kekal terjamin.

“Keadaan beras, daging ayam, telur, ikan, daging lembu, kerbau, susu segar, sayur, buah-buahan semuanya cukup sekurang-kurang sampai Mei dan Jun yang akan datang. Oleh itu rakyat tidak perlu panik apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas Jemaah Menteri yang membincangkan impak konflik Asia Barat terhadap ekonomi negara, di sini hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Sementara itu, Mohamad memberitahu, kebanyakan import makanan Malaysia tidak melalui Selat Hormuz sebaliknya diperoleh daripada negara seperti India, Pakistan, Brazil, Argentina, New Zealand, Australia dan Asean.

‘Masalahnya kalau ia berpanjangan, akan impak di sudut pengangkutan dan sebagainya, barangkali pada waktu itu akan berlaku perubahan di sudut harga dan sebagainya.

“Buat masa ini, jangan kita bimbang apa-apa, kita sambut Hari Raya dengan tenang, dengan konsep berjimat cermat terus kita jalankan seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,’’ katanya. – 13 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

‘I’m still the CEO of Harimau Malaya’: Rob Friend

The national squad manager has pushed back against a FIFA report that described him as a consultant to the Football Association of Malaysia

‘I am not Jho Low 2.0,’ former Rafizi aide James Chai says amid MACC probe

Chai denies accusations of profiting from Malaysia’s RM1.1 billion collaboration with Arm Holdings

British Airways launches London–Melbourne flights via KL

Daily service from January 2027 boosts Kuala Lumpur’s position as a major Asia-Pacific transit hub

Related