HEADLINES

Subsidi RON95 boleh cecah RM4 bilion jika konflik berlarutan: Rafizi

Rafizi menegaskan lonjakan kos itu bukan sahaja menekan fiskal negara, malah mengganggu aliran tunai kerajaan

8:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka berdepan beban subsidi petrol RON95 mencecah hampir RM4 bilion sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan sehingga dua bulan.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, menegaskan lonjakan kos itu bukan sahaja menekan fiskal negara, malah mengganggu aliran tunai kerajaan.

Beliau mendedahkan, ketika ini kerajaan menanggung subsidi sekitar RM61 juta sehari – bersamaan lebih RM1.9 bilion sebulan – bagi mengekalkan harga RON95 pada paras RM1.99 seliter di bawah inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95).

“Jumlah ini perlu dibayar kepada syarikat minyak dan secara tidak langsung memberi kesan kepada aliran tunai kerajaan. Jadi persoalannya, adakah usaha penyasaran semula subsidi sebelum ini akhirnya menjadi sia-sia? Kalau kita jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita juga berharap supaya perang ini cepat tamat,” katanya dalam podcast Yang Berhenti Menteri (YBM) bersama Haziq Azfar Ishak, malam tadi.

Rafizi turut memberi amaran bahawa konflik berpanjangan mampu menggoncang nilai ringgit dan pasaran kewangan negara.

Menurutnya, walaupun kehidupan rakyat Malaysia belum terjejas secara langsung, kesan terhadap ekonomi sudah mula terasa.

“Kesan pertama ialah kepada mata wang. Sebelum ini ringgit semakin mengukuh sehingga sekitar RM3.89 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Namun selepas tercetusnya perang, pengukuhan itu terhenti dan kini ringgit berada sekitar RM3.93 hingga RM3.95,” katanya.

Beliau menjelaskan, setiap kali berlaku perang atau krisis global, pelabur cenderung mencari pelaburan paling selamat – dan dolar AS kembali menjadi pilihan utama.

Rafizi menambah, jika konflik berlarutan, kesannya boleh meluas: harga minyak melonjak, defisit meningkat dan inflasi menekan rakyat.

“Walaupun faktor ini berada di luar kawalan kerajaan, persepsi rakyat biasanya tetap mengaitkan prestasi ekonomi dengan pentadbiran semasa. Apabila ekonomi baik, kerajaan ambil kredit. Tapi bila keadaan sukar, kerajaan juga perlu berdepan dengan kesannya,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kenaikan harga minyak turut mempengaruhi percaturan politik, termasuk masa sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Jika harga minyak dinaikkan, ia mungkin menyukarkan kerajaan untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat,” ujarnya. – 14 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

Bryan Lomas joins South Korea as national diving coach

34-year-old three-time Olympian's contract will last until the 2026 Asian Games

Related