HEADLINES

1,098 Pusat Nadi diaktifkan serentak, perkasa usahawan komuniti menjelang Aidilfitri : MCMC

Jumlah penyertaan usahawan pada tahun ini menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding lebih 5,000 usahawan yang terlibat pada 2025

1:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bazar Raya NADI 2026 diaktifkan secara serentak hari ini di 1,098 lokasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara dengan sasaran penglibatan sehingga 10,000 usahawan komuniti menjelang sambutan Aidilfitri.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif di bawah Perkhidmatan Pintar NADI itu bertujuan memperkasa usahawan tempatan dan meluaskan peluang pemasaran produk mereka pada musim perayaan.

Menurut MCMC, jumlah penyertaan usahawan pada tahun ini menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding lebih 5,000 usahawan yang terlibat pada 2025.

“Bazar Raya NADI 2026 sebagai kesinambungan daripada edisi 2025, bukan sekadar platform jualan bermusim. Ia sebahagian daripada usaha berterusan MCMC untuk memperkukuh ekosistem ekonomi digital komuniti, merapatkan jurang digital serta meningkatkan daya saing sosioekonomi rakyat selaras dengan objektif penubuhan NADI,” menurut kenyataan itu.

Isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail melawat reruai Bazar Raya NADI 2026 selepas merasmikan bazar itu dan Kempen Internet Selamat 2026 di Padang Bola Sri Johor Permaisuri hari ini. – Gambar Bernama, 14 Mac, 2026

Di Parlimen Bandar Tun Razak, program berkenaan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serentak dengan Kempen Internet Selamat.

Dr Wan Azizah dalam ucapan perasmiannya berkata program itu memberi peluang kepada komuniti setempat memperkenalkan pelbagai produk seperti makanan, pakaian, kuih raya dan kraf tangan yang mencerminkan kreativiti serta semangat keusahawanan.

“Bazar komuniti seperti ini bukan sahaja merancakkan ekonomi setempat, malah membuka peluang kepada masyarakat mencuba bidang keusahawanan secara kecil-kecilan,” katanya.

Beliau turut berharap agar inisiatif itu terus menjadi platform yang memperkasa komuniti dan meningkatkan kesedaran tentang penggunaan Internet secara selamat sambil menyemarakkan suasana menjelang Aidilfitri.

Turut hadir Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Selain Kuala Lumpur, lokasi tumpuan utama program tahun ini turut melibatkan NADI Sungai Tua di Selangor, NADI Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2 di Perak, Kulai di Johor dan NADI Kubang Semang di Pulau Pinang.

Majlis pelancaran peringkat nasional program itu disempurnakan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil di NADI PPR Kerinchi pada 7 Mac lepas. – 14 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

Putra Ahmad Merrah teruja berlakon, jadi hero kecil dalam filem Rebel arahan Datuk Awie

Putra Ahmad Merrah atau mesra disapa Merrah berkata, pada awalnya tidak menjangka berpeluang membawakan watak hero, Luka yang diterajui Ben Amir sewaktu zaman remaja di dalam filem itu.

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Related