HEADLINES

KPKM nilai semula bekalan makanan selepas Mei, elak pembelian panik: Mat Sabu

Bekalan asas kekal mencukupi hingga Mei, sambil kerajaan giat memantau kartel dan kesan konflik Asia Barat terhadap harga pasaran

12:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menilai semula stok makanan negara selepas Mei, berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, menegaskan bekalan asas seperti beras, ayam dan sayur-sayuran masih mencukupi sehingga Mei, sambil mengingatkan rakyat agar tidak melakukan pembelian panik.

“Kita akan melihat perkembangan stok dari semasa ke semasa sehingga bulan Mei ini. Kalau boleh kita harap perang itu ditamatkan segera,” katanya selepas merasmikan Program Jualan Agro MADANI Zon Kota Raja di Padang Rakyat Jalan Kebun, hari ini.

Mohamad berkata kerajaan bersama KPDN akan terus memantau rantaian bekalan bagi mengelak kewujudan kartel yang boleh menekan harga pasaran.

Beliau turut menekankan bahawa konflik Asia Barat berpotensi melonjakkan harga minyak dunia sekali gus meningkatkan kos import makanan.

Dalam pada itu, Program Jualan Agro MADANI anjuran LPP Selangor dengan kerjasama 14 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) menawarkan hasil pertanian dan produk agromakanan tempatan terus kepada pengguna.

“Pengunjung berpeluang mendapatkan ayam segar, telur, daging, minyak masak, sayur-sayuran, buah-buahan serta produk IAT dengan potongan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding pasaran,” katanya.

Mohamad menegaskan program itu sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan memperkukuh keterjaminan makanan negara dan membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. – 14 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related