HEADLINES

Melaka tetap anjur Rumah Terbuka Aidilfitri 28 Mac ini

Ab Rauf berkata penganjuran majlis Rumah Terbuka itu adalah bagi meraikan rakyat

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Melaka akan meneruskan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri seperti yang dirancang pada 28 Mac ini, kata Ketua Menteri Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurutnya, jamuan itu akan membawa tema ‘Melaka Sayang Rakyat’ dan akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bagi meraikan rakyat.

“Negeri Melaka akan terus menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri ini pada tarikh yang telah kita tetapkan iaitu pada 28 Mac ini dan ia bagi meraikan rakyat,” katanya, lapor Bernama.

Pada 11 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri tahun ini.

Langkah berkenaan diambil sebagai langkah berjimat cermat susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat konflik di Asia Barat.

“Sebagai petanda supaya pimpinan memulakan langkah yang lebih positif, saya telah memutuskan bersama Jemaah Menteri supaya semua agensi kerajaan, GLC dan GLIC tidak akan menganjurkan perayaan rumah terbuka Aidilfitri.

“Ini memberikan satu mesej supaya perbelanjaan lebih cermat dan sederhana,’’ katanya. – 14 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related