◉ HEADLINES

Kes mafia korporat: Victor Chin persoal serbuan PDRM ke premis miliknya

11:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Victor Chin Boon Long, menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil memberi penjelasan berhubung serbuan ke atas beberapa premis miliknya baru-baru ini, meskipun beliau mendakwa sudah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

“Saya sudah memberi keterangan penuh kepada PDRM, selain direman selama tiga hari di bawah Pasukan Petugas Khas, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) sebelum dibebaskan selepas tempoh berkenaan tamat.

Pasukan petugas berkenaan juga maklum mengenai lokasi keberadaan saya dan mempunyai saluran untuk menghubungi saya pada bila-bila masa. Justeru, mengapa masih ada keperluan untuk menyerbu rumah saya?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Victor Chin turut mempersoalkan tindakan berulang pihak berkuasa terhadap dirinya.

“Pihak berkuasa manakah pula yang akan datang seterusnya, dan berapa banyak lagi agensi yang akan terbabit dalam perkara ini?” ujarnya.

Semalam, PDRM mengesahkan serbuan bersama Suruhanjaya Sekuriti (SC) di beberapa premis milik Victor Chin di sekitar Kemensah dan Sungai Long, Kajang, Jumaat lalu. Serbuan itu dilakukan bagi membantu siasatan kes di bawah AMLA. Antara yang dirampas ialah dua kereta, jam tangan mewah, barang kemas, wang tunai dalam mata wang tempatan dan asing, selain dokumen berkaitan siasatan.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, memaklumkan Kabinet mengarahkan beberapa agensi penguat kuasa termasuk PDRM, SC, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meneruskan siasatan terperinci berhubung isu manipulasi korporat.

Victor Chin menegaskan tindakan menyerbu kediamannya mewujudkan suasana tidak sihat susulan pelbagai tuduhan yang disifatkan tidak berasas.

“Kediaman saya diserbu sebagai sebahagian daripada siasatan sedang dijalankan. Dalam operasi terbabit, tiga kenderaan milik syarikat saya bersama beberapa harta dan barangan berharga lain disita,” katanya.

Beliau turut memaklumkan melantik firma guaman Krish Maniam & Co Advocates & Solicitors bagi mewakili dirinya.

“Pelantikan peguam ini bagi memastikan kebenaran dapat diketengahkan sewajarnya. Semua bukti dan dokumen sokongan menunjukkan saya tidak terbabit dalam sebarang aktiviti didakwa ‘Mafia Korporat’ akan diserahkan kepada pihak peguam selepas Khamis ini,” jelasnya. – 17 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related