HEADLINES

Prof Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib dilantik sebagai Presiden MBOT

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang melantik Mohamed Ibrahim sebagai Presiden MBOT bagi menggantikan Prof Emeritus Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir

12:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Petronas Prof Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib dilantik sebagai Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) yang ketiga berkuat kuasa hari ini.

MBOT dalam kenyataan hari ini memaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang melantik Mohamed Ibrahim sebagai Presiden MBOT bagi menggantikan Prof Emeritus Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.  

“Pelantikan ini mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap kepimpinan dan pengalaman beliau dalam memacu pembangunan sektor teknologi dan teknikal negara.

“MBOT yakin bahawa kepimpinan baharu ini akan terus mempertingkatkan peranan institusi tersebut sebagai badan profesional yang menyokong pembangunan bakat serta pengiktirafan profesional dalam bidang teknologi dan teknikal,” menurut kenyataan itu.

MBOT memaklumkan Mohamed Ibrahim merupakan seorang tokoh akademik dan profesional dalam bidang kejuruteraan kimia yang mempunyai pengalaman luas dalam pendidikan tinggi, penyelidikan serta pembangunan teknologi.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Kepujian) dari University of New South Wales, Australia sebelum melanjutkan pengajian di University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), United Kingdom dan seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Process Integration.

Mohamed Ibrahim merupakan Naib Canselor Universiti Teknologi PETRONAS pada 2018 sehingga 2025 dan memainkan peranan penting dalam memperkukuh kecemerlangan akademik serta reputasi global institusi tersebut.

“Beliau telah memulakan kerjaya akademik di Universiti Teknologi Malaysia sebagai pensyarah sebelum menyertai Universiti Teknologi Petronas pada 1997.

“Sepanjang kerjayanya di universiti tersebut, beliau telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan penting termasuk sebagai Pengarah Penyelidikan dan Perundingan, Dekan Fakulti Kejuruteraan serta Timbalan Naib Canselor (Akademik),” menurut kenyataan itu.

Sebelum pelantikan sebagai Presiden MBOT, Mohamed Ibrahim turut berkhidmat sebagai Anggota Lembaga MBOT, dan telah menyumbang kepada pembangunan dan pemerkasaan profesion teknologis serta juruteknik di Malaysia. – 17 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related