◉ HEADLINES

MyCC siasat 87 syarikat umrah disyaki kartel

Fuziah Salleh dedah pengendali umrah berpakat tetapkan harga, pengguna hilang pilihan terbaik

1:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menyiasat 87 syarikat pengendali umrah yang disyaki terbabit dalam kartel penetapan Harga.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata laporan menunjukkan wujud pakatan antara beberapa pengendali umrah.

“Ini bahayanya kartel, sebab itu di bawah KPDN kita ada MyCC yang tujuannya untuk melawan kartel umrah ini. Setakat ini, sebanyak 87 syarikat pengendali umrah sedang disiasat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jualan Rahmah Madani Mega Aidilfitri 2026 dan Agihan Wakalah Zakat Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di perkarangan Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Isap Perdana, hari ini.

Hadir sama Pengarah KPDN Pahang, Jezlily Jamaluddin, dan Pengarah SSM, Kamarudin Mohd Daud.

Mengulas faktor keselamatan jemaah berikutan konflik di Asia Barat, Fuziah menasihati bakal jemaah agar menilai kemampuan dan risiko sebelum membuat keputusan.

“Sebaiknya utamakan keselamatan diri dan keluarga terlebih dahulu sebelum berhasrat menunaikan umrah susulan daripada peperangan itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kementerian terus memperkukuh agenda Malaysia MADANI melalui pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Mega Aidilfitri di Pahang.

“Bagi memastikan manfaat program ini dapat dinikmati secara lebih meluas, KPDN Pahang merancang 178 siri PJRM bertemakan Ramadan dan Aidilfitri di pelbagai lokasi strategik di seluruh negeri. Sehingga semalam, sebanyak 133 program dilaksanakan, manakala 45 lagi program dijadualkan berlangsung sehingga 30 Mac ini,” jelasnya. – 17 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas Dagangan expands used cooking oil collection network to 100 stations nationwide

Initiative promotes circular economy by turning household waste into income and supporting cleaner fuel production

MRCB stadium suit: Abdul Razak silenced, Hunter faces trial in absentia

Activist Abdul Razak bound by consent judgment in MRCB’s stadium redevelopment suit, permanently restrained from repeating allegations, while blogger Murray Hunter faces trial in absentia with judgment set for July 17

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

◉ Related