HEADLINES

Victor Chin berada di luar negara: KPN

Siasatan dijalankan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA)

1:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Victor Chin Boon Long yang didakwa terbabit dengan ‘mafia korporat’ kini berada di luar negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail ketika mengesahkannya berkata siasatan dijalankan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Victor Chin tidak berada dalam negara ketika ini. Usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak-pihak berkaitan,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Pada 16 Mac lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menjalankan pemeriksaan terhadap beberapa premis milik seorang ahli perniagaan susulan dakwaan manipulasi korporat yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pemeriksaan itu dijalan PDRM bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ke atas premis milik tokoh korporat itu di Sungai Long dan Kemensah, Selangor.

Antara barangan yang dirampas termasuk dua kereta, jam tangan mewah, barang kemas, wang tunai dalam ringgit dan beberapa mata wang asing, selain dokumen yang dipercayai berkaitan siasatan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata Kabinet mengarahkan beberapa agensi penguat kuasa termasuk PDRM, SC, SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meneruskan siasatan terperinci berhubung isu manipulasi korporat. – 19 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Malaysia ranks 13th in Global Peace Index, maintains strong score despite drop

Home Minister Saifuddin Nasution says Malaysia’s consistent peace score was overtaken by improved performances from other nations, including Scandinavian countries

TNB identifies power plant incident as cause of blackout across Klang Valley and Johor

The disruption occurred following a technical fault at the independent power producer’s (IPP) facility, which temporarily interrupted electricity supply across several regions

Related