◉ HEADLINES

Inisiatif perdamaian cermin kematangan rakyat tolak provokasi demi kestabilan: Ramanan

Ramanan turut menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berkompromi terhadap sebarang cubaan ejen provokasi mencetuskan ketegangan kaum dan agama

8:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Usaha perdamaian yang digerakkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) mewakili komuniti Islam dan Hindu mencerminkan kematangan rakyat Malaysia yang berani menolak provokasi, dan lebih mengutamakan dialog serta persefahaman demi kestabilan bersama.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan, ia bukan inisiatif biasa sebaliknya menjadi isyarat jelas rakyat di negara ini berani menolak politik kebencian dan memilih jalan damai.

“Usaha seperti ini bukan sahaja wajar diteruskan, malah perlu diperkasakan sebagai contoh terbaik bahawa rakyat Malaysia sentiasa memilih perpaduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramanan turut menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berkompromi terhadap sebarang cubaan ejen provokasi mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Beliau berkata ketegasan itu penting bagi memastikan keamanan negara terus terpelihara berteraskan semangat hormat, tanggungjawab serta nilai Malaysia Madani.

Ramanan berkata Malaysia dibina atas kekuatan kepelbagaian dan sebarang usaha untuk memecah-belahkan rakyat mesti ditolak sekeras-kerasnya.

“Kita tidak boleh sesekali memberi ruang kepada mana-mana pihak yang cuba menyalakan api perpecahan.

“Inilah masanya untuk kita berdiri teguh bersama-sama untuk mempertahankan keharmonian, memperkukuh perpaduan dan memastikan negara ini terus maju dalam suasana aman dan stabil,” katanya.

Semalam, 30 wakil NGO daripada komuniti Melayu dan India bertemu bagi mencari titik perdamaian yang diadakan menerusi program Harmoni Madani dalam usaha menyelesaikan kemelut dihadapi kedua-dua komuniti secara baik dan menyeluruh. – 19 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Sedia pinda undang-undang kekang jenayah babit pesakit mental: Dzulkefly

Dzulkefly tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu didakwa mengalami masalah kesihatan mental, menggunakan 'tiket sedemikian' untuk melakukan jenayah, namun sebarang pindaan perlu diperhalusi

Sesi libat urus MCMC dan penyedia platform media sosial diadakan bulan ini

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan sesi libat urus bersama penyedia platform media sosial bagi membincangkan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan kandungan peribadi pengguna bulan ini.

◉ Related