◉ HEADLINES

Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) bukan penguatkuasa, tiada hak semak lesen : Hannah

Fungsi utama MPP adalah mendengar aduan penduduk dan menyalurkannya kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

5:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) tidak mempunyai hak untuk memeriksa lesen atau berurusan dengan pemilik perniagaan walaupun menerima aduan dan mereka bukan pengawai penguatkuasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, tiada sebab untuk anggota MPP melakukan pemeriksaan atau menyemak lesen sebaliknya fungsi utama MPP adalah mendengar aduan penduduk dan menyalurkannya kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),

“Mereka (MPP) menyelaras isu dan aduan. Mereka bukan pegawai penguat kuasa.

“Peranan MPP adalah untuk mendengar rungutan dan menyalurkan aduan tersebut kepada DBKL.

“Oleh itu, tiada sebab untuk ahli MPP turun padang bagi melakukan pemeriksaan, menyemak lesen atau mengadakan ‘perbincangan’, kerana perkara itu berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa penguatkuasaan Kuala Lumpur, iaitu DBKL,” katanya selepas pelancaran Decathlon Malaysia Kiprun di sini hari ini.

Sebelum ini tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah pusat urut yang memaparkan kehadiran dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ahli MPP sebelum meminta wang untuk mengelakkan premis tersebut ditutup, kononnya terdapat aduan daripada penduduk.

Susulan itu, Hannah mengarahkan DBKL membuat laporan polis dan memulakan siasatan serta-merta berhubung rakaman video yang didakwa memaparkan ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan meminta wang daripada sebuah pusat urut, dipercayai berlaku di Wangsa Maju.

Menerusi kenyataannya, Hannah menegaskan bahawa sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar, ahli MPP terbabit akan dipecat serta-merta tanpa sebarang kompromi.

Dalam pada itu, Hannah berikrar untuk menghapuskan amalan orang tengah di Kuala Lumpur dan menegaskan semua urusan mesti dibuat secara terus dengan DBKL.

“Walaupun kita sedang dalam usaha memudahkan urusan perniagaan di Kuala Lumpur, masih terdapat had dan peraturan.

“Untuk permohonan lesen dan sebagainya, berurusanlah terus dengan DBKL. Jangan melalui mana-mana pihak yang bertindak sebagai ejen atau orang tengah. Saya mahu menghapuskan amalan penggunaan orang tengah di Kuala Lumpur,’’ katanya.

Hannah turut menegaskan peniaga supaya tidak bimbang untuk membuat aduan kerana perlindungan disediakan bagi mengelakkan sebarang tindakan balas. – 28 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

◉ Related