HEADLINES

SPM 2025: Ketidakhadiran calon menurun, 5,032 tidak duduki peperiksaan

Walaupun jumlah calon memperoleh kombinasi gred A+, A dan A- sedikit menurun, peningkatan calon gred A+ dianggap pencapaian positif oleh KPM.

12:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 5,032 daripada 413,299 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2025 tidak hadir menduduki peperiksaan, dengan pelbagai faktor dikenal pasti sebagai punca ketidakhadiran, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad.

Antara sebab paling lazim termasuk bekerja, berpindah ke luar negara, kemalangan, masalah keluarga, isu kesihatan, kekangan pengangkutan, meninggal dunia dan ditahan pihak berkuasa.

“Banyak faktor, jadi kita sebenarnya tahu murid-murid daftar SPM ini bermula awal tahun. SPM akan berlaku pada bulan 11 (November). Jadi dalam jarak masa yang panjang, pelbagai faktor boleh berlaku,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan SPM 2025 di sini hari ini.

Jumlah tersebut menunjukkan penurunan 1,214 orang berbanding 6,246 calon tidak hadir pada 2024.

“Hal ini membuktikan keberkesanan pelbagai inisiatif dan intervensi yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) dan pelbagai pihak berkepentingan. Perkara ini akan terus ditangani KPM dengan bijaksana,” katanya.

Mengulas pencapaian akademik, Mohd Azam berkata bilangan calon memperoleh kombinasi gred A+, A dan A- menurun sedikit kepada 13,779 calon berbanding 13,827 pada 2024. Namun, peningkatan calon yang memperoleh gred A+ dianggap perkembangan positif.

“Calon SPM 2025 melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang panjang dan berkesinambungan, iaitu bermula prasekolah, sekolah rendah selama enam tahun dan sekolah menengah selama lima tahun,” katanya.

Beliau menegaskan KPM akan meneliti faktor yang menyumbang kepada perubahan itu sebelum mengambil tindakan susulan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah. – 31 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related