HEADLINES

KPDN teliti tindakan persatuan pelancongan naikkan kadar tambang baharu bas, van pesiaran

Sebarang bentuk perjanjian, persefahaman atau keputusan bersama oleh persatuan berkaitan penetapan harga, termasuk tambang minimum atau siling, adalah dilarang kerana ia mengandungi elemen kartel yang menjejaskan pasaran pelancongan negara

6:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang meneliti tindakan Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia (MITA) yang mengumumkan kadar tambang siling baharu bagi bas dan van pesiaran, yang berkuatkuasa serta merta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tindakan itu dijalankan di bawah Seksyen 4(2)(a), Akta Persaingan 2010.

Armizan berkata, kementeriannya memandang serius pengumuman kadar tambang baharu itu kerana sebarang bentuk perjanjian, persefahaman atau keputusan bersama oleh persatuan berkaitan penetapan harga, termasuk tambang minimum atau siling, adalah dilarang.

Ini kerana, katanya, ia mengandungi elemen kartel yang menjejaskan pasaran pelancongan negara.

“Sungguhpun dimaklumi kenaikan harga diesel mendatangkan implikasi kos kepada industri, namun diharapkan semua pihak meneliti sebarang tindakan yang diambil.

“Ia untuk memastikan kepatuhan kepada mana-mana kerangka perundangan yang sedang berkuat kuasa,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas pengumuman MITA mengenai kadar tambang bas persiaran baharu yang ditetapkan sehingga RM1,100 bagi siri lawatan dan antara RM1,900 hingga RM2,200 untuk lawatan harian domestik.

Sementara kos sewaan van pula adalah sehingga RM900 bagi siri lawatan.

MITA memaklumkan kadar tambang siling baharu bagi bas dan van persiaran itu ditetapkan bagi membantu pengendali dan pelancong menyesuaikan diri dengan kenaikan harga diesel.

Menurut persatuan itu, langkah tersebut diambil berikutan bas dan van persiaran serta feri tidak dimasukkan dalam mekanisme subsidi diesel negara sejak subsidi pukal dimansuhkan pada 2024. – 31 Mac, 2026

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related