◉ HEADLINES

‘Saya tak akan adakan pilihan raya dalam satu dua bulan ini, sabar sekejap’ : Anwar

Kestabilan negara kekal menjadi keutamaan di tengah ketidaktentuan global termasuk konflik Asia Barat yang menjejaskan ekonomi dunia

7:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 tidak akan diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan kerajaan menumpukan kepada cabaran ekonomi dan keselamatan.

Ketika berucap pada Program Madani Rakyat di Ipoh, Anwar berkata, kestabilan negara kekal menjadi keutamaan di tengah ketidaktentuan global termasuk konflik Asia Barat yang menjejaskan ekonomi dunia.

“Ini bukan soal pertarungan politik, bermusuh satu sama lain.

“Saya tak akan ada pilihan raya dalam satu dua bulan ini. Sabar sekejap…. esok dah masa pilihan raya bertempur.

“Sekarang ini kerja, cukuplah dengan politik, bangun selamatkan negara kita,’’ katanya.

Dalam pada itu, ketika bercakap kepada media, Anwar memberitahu, kerajaan sedang meneliti mekanisme termasuk memberi beberapa kelonggaran kepada golongan peniaga bagi membantu mereka menangani impak krisis tenaga global.

Menurutnya, ia bagi memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi dengan kawalan terhadap harga bagi memastikan kepentingan rakyat terjamin.

“Itu keutamaan. Kemudian kita tengok sama ada kita boleh bagi sedikit kelonggaran kepada perniagaan, sama ada apa-apa cukai, apa-apa tarif, bayaran yang dikenakan itu dikurangkan supaya boleh membantu mengurangkan kos juga.

“Ada cadangkan tentang e-invois, apakah ia boleh ditangguh, itu semua kita sedang teliti untuk mengurangkan beban rakyat termasuk peniaga,” katanya. – 4 April, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related